Ahad, 24 April 2011

Missing...

Rindu n rasa kehilangan...Two important person in my life.. K.long rindu mak n abah.. Rindu sangat.. Saper kata bila dh kawin, k.long dah x sayang mak n abah.. Kadang2 k.long nangis jugak bila rndu sangat.. You know bah, you're the first guy i fall in love with..No such kind man like you i ever know.. abang pun xsama macam abah.. K.LONG RINDU....
It's so unbless bila abah hantar mesej, k.long dah x rndu kat mak ngan abah lagi ke? Lama x call? K.long rindu..K.long imgat..tapi masa sangat-sangat x cukup... Petang td pun nak pergi cc ngan abang.. Tapi kena kemas rumah dulu..ada orang nk datang..bila dh kemas, terlepas pulak..pukol 5 kat cni dah pukl 11 kat m'sia.. Abah ngan mak mesti dah tdo..I MISS U TWO so MUCH....
K.long xthu bah..better nak jadi your lil sweety and sangat cengeng ngan abang, atau tabah depan abang but ungrateful to you both.. tp k.long nak abah n mak tahu, k.long masih rasa, I'm your apple of eyes.. Still n the onle one kan?????
If I could say this in frint of you...I will say... K.LONG SAYANG MAK N ABAH...SAYANG SANGAT2...dan di saat ini... I MISS YOU SO MUCH ..miss your courage.. your support..miss your smell..MISS EVERYTHING ABOUT YOU...
Salam Rindu dari Jauh,
Walau Jarak, Waktu memisahkan kita,
Namun mak dan abah tetap di hati..

K.LONG

Sabtu, 23 April 2011

Alangkah indahnya...

Alangkah indahnya hidup ini..jika cinta diberikan pada yang selayaknya.. ( ni abang punya quote.. ) just to remind kawan2 n sahabat2.. Bukanlah maksud kitorang ni nak mengutuk kawan2 yang sedang bercintan cintun.. mentang2lah kau da kawin..suka2 ati je nak kutuk orang ek? xla.. niat di hati..ikhlas ingin menegur.. kesilapan kita kadang2... sahabat2..tidak ada dan tidak pernah ada istilah couple islamic.. xmungkin akan bersatu perkara yang haq dan batil..mungkin kata2 saya agak keras. tapi.. abang kata.. berhikmah tidak semestinya kita menasihati dengan kata2 yang lembut.. menengking juga kdang2 berhikmah.. jika diletakkan pada tempat sepatutnya.. Hikmah itu adalah barang keciciran orang2 mukmin. 
Saya membaca blog, kadang-kadang status YM teman2..kadang2 post di facebook.. Bercerita tentang "seseorang". Siapa seseorang itu? Sudah pasti istimewa di hati kita. Namun, pada ikatan agamanya, adakah halal hubungan itu? Adakah mendapat pahala merinduinya? Apa guna dari kecil belajar agama? Apa guna pakai tudung? Apa guna tutup semua tu ? Kalau dosa kita, kita hebah2 kan pada semua orang? Sahabat-sahabatku, simpanlah rahsiamu itu, biarlah hanya Allah sahaja yang tahu isi hatimu. Tak payah hebahkan kat orang lain. Konon nk orang doakan untuk kita. Tak pasal2 masa dihisab nanti. Amalan dah dihisab. Dah boleh masuk syurga dah. Tetiba, ada orang datang dan cakap. Ya Allah, si Fulan tu dulu pernah buat maksiat ? ? Apa nak jawab masa tu? Bukan salah orang tu korek citer kiter..Tapi salah sendiri yang suka buka pekung di dada..
Sahabat-sahabatku, kadang-kadang kita menyangka, apabila kita telah berjanji dengan seseorang, bertunang dengannya, kita telah berhak ke atas hidupnya. Memangla pertunangan itu sebahagian dari perkahwinan namun, batasan perhubungan di antara kita dengan dia tetap ada. Kemungkinan untuk berpisah juga masih besar. Jadi kawin ke tidak..Kita pun xtahu.? Ntah2..jodoh kita bukan dengan dia..kita pun tak tahu.. Bila kita sudah menceritakan pada orang lain..Kalau xjadi..Bukan ke malu tu ?Malu...Maluuuu sangat2. 
Saya menyedari diri yang..Tidak searif seperti kalian. Namun niat di hati, hanya mahu menegur sahabat2 seiman dan seakidah. Kerana iblis telah berjanji untuk meyesatkan umat manusia..Iblis akan melakukan apa sahaja..agar manusia nampak semua tu halal belaka. Sedangkan hakikatnya, dimurkai oleh Allah. Aku menyintaimu sahabatku kerana agamamu.

This Night..

Fall in love...again and again...makin hari makin sayang dan cinta... Alhamdulillah..Lagi 4 hari, genaplah 3 bulan kami melayari bahtera cinta bersama. Minggu ni, abang jarang lekat kat rumah, kalau x ke kuliah, ke makatabah, xpun ke pejabat, kadang2 menghadiri mesyuarat di rumah negeri, kalau sempat, ke kelas tafaqquh. Tapi, still say.. Abang rasa, abang ada banyak lagi kan waktu yang terluang ?..Abang, aini kurang kasih sayang ni.. That is my husband, yang aku nikahi kerana agamanya. I'm sorry abang if i'm not too solehah...but i'm trying to be.. If someone pernah baca.. artikel sebelum ni, aini pernah tulis..Sanggup x menjadi isteri kedua ?.. Cakap memang senang.. tp nak buat..hanya Allah yang tahu.. Uhibbuka Fillah Abang.. Abadan abada...

Rabu, 20 April 2011

Muhasabah Diri

Semalam, tengah duk blog walking, cari2 pasal married student, bce pasal ibu2 muda n BF.. terjumpa satu blog..then tunjuk kt abang.. abang pun ckp.. ni jiran kita nih..dia duk kat atas rumah kita..o0o0o ye ke? x pernah jumpa pun.. see, betapa pentingkn diri sendiri x saya ? Jiran sendiri pun x kenal...
Sesi muhasabah diri sendiri... Tengokla manusia zaman sekarang... Terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri, terlalu taknak menjaga tepi kain orang.. Sampai jiran sendri pun x kenal. Duk satu bangunan pulak tu.. Ya Allah..Kau ni Aini.. Nak kata sibuk belajar, xkan la xsempat nak beramah mesra lansung.. time nak bertanding jadi exco dulu, bukan main lagi ko buat muka manis dengan semua orang.. sekarang ni, bila kau dh x perlukan orang lain.. You ignore it just like that..Wat derk je ye..
Masa nak bertanding dulu, macam2 hadis lah kau sbut..pasal ukhuwah la, pasal persahabatan la.. sekarang ni, hanya manis di mulut saja...praktikalnya mana ??..
Then, malam tadi..saya jumpa akak tu kat bawah.. sama2 baru samapi depan pntu rumah.. still x insaf2 kau ye aini... xnak tegur lagi.. wait n see, bila kau dalam kesusahan, sapa y kau nak merayu-rayu mntk tlg...
Now, go n see your neighbour k ,,

Jumaat, 15 April 2011

Jalan2 sana sini

Malam ni, aini nk citer...pasal abang..n of course la my blog skarang sumer citer pasal abang...kitorang sampai kat mesir dari malaysia..5hb 3..so, masa tu xder orang lagi...jd xblh pegi mana...duk kat rumah je..kemas rumah..baca buku...jalan2 kat rumah kelantan..then bout some weeks after, sampaila beberapa rombongan...pastu, kitorang gi jln2 kt zaqaziq..gi melawat u.ji....gi mkn krip...aini cabar abang n u.ji mkn 2 biji krip...sebenarnya,aini x cabar..aini cakap aini nk 2 bijik...diorang pun kata...ni x boleh ni..orang perempuan blh makan dua..kita pun kena amik 2 juak ar....dioran pun beli la dua n mkn dengan lajunya...aini mkn slow2 je...cover la saya punya keperempuanan sikit...pastu diorang dah tersadai kekenyangan kat kerusi..aini ada 1lagi x mkn...aini pun bungkus wt blk..diorang pun ckp...ish...menyesal la plk makan 2bijik krip..xpasal2 pecah perut aku...ni kalau x orang perempuan yang cabar...aku xmakan dh ni...( itulah balasan bagi sapa2 yang mengecilkan kaum hawa )..

Isnin, 11 April 2011

My life after married..

Muqaddimah untuk entry ni, maaf buat sahabat-sahabt sekalian.. kami ada buat majlis kenduri kat Malaysia, tapi oleh kerana xder contact, jadi kami tak jemput saper2... Maafkan saya sekali lagi..

Dah kawin, I need to blajar masak la.. Dulu, sebelum kawin, asyik2 masak sup n sayur air je, saya x pandai goreng2 n tumis2. Dah kawin, first time masak kari, masak tomyam, n first time gak abang cakap, apasal masak sama je rasa cam abang masak. satu taste la.. Ala, dah abang ajar lidah aini rasa macam tu...

Sekarang masing-masing sangat sibuk. Abang dengan PMRAM, aini dengan PERUBATAN. Pernah satu hari tu, aini kena keluar awal pagi untuk gi usrah, then bila balik tengahari, abang pulak keluar gi program dia, petang sikit, aini keluar mitim, on the way, abang call, aini kat mana? abang on the way balik rumah ni.. entah2 selisih kat tengah jalan je..nasib baik punya abang yang memahami, kalau sempat abang akan jemput. Takde kereta sendiri, teksi pun jadi.

Balik rumah, I'm his wife, I'm assistant, I'm his secretary, I'm everything la.. tapi tu la... aini beruntung..thanks abang.. kawin ngan aini.. kalau tak sempat masak, x merungut, kalau rumah bersepah, tolong kemas, thanks abang for everything..

Kalau gi program, orang selalu tegur, jelesla ngan korang, asyik2 pakai baju sedondon je. Macam nak buat majlis sekali lagi..Suka..suka..tu tandanya..orang doa..kami bahagia selalu..still lagi macam baru semalam kawin.. Opps, lupa nak tunjuk gambar kawin..tapi gambar tu ada kat malaysia la..cincin kawin jadi la yer

Diari Revolusi

Entry kali ni, catatan harian saya time darurat di mesir. Dah lama nak tulis, tapi baru jumpa diari.


Diari saya start pada hari khamis 27 Jan 2011. Mana la perasan revolusi dah start masa tu. Sebab, hari khamis, exam last md-year..parasit.. That day, saya keluar dewan awal. Kalau sempat, hajatnya nak settle pasal urusan kawin. Tapi x sempat gak.


Jumaat 28 Jan
Pagi-pagi lagi dah balik rumah, kemas barang, basuh baju, .. sambil2 send mesej jemput kawan2 untuk majlis esok. Tengahari tu, line xder la pulak.. Takpe la, makan dulu la, lepas jumaat nanti nak keluar gi beli barang pulak. Tetiba dengar bunyi orang bising2 kat bawah, adik2 rumah pulak kalut " kak aini, tengok ni, ado ore ramai la, nak buat gapo ni?" saya pun dengan selamba jawab " ala, biasa la tu, buat demo la, buat2 rilex jer." makin lama makin ramai, siap ada polis lagi. Lepas je orang ramai bersurai, saya keluar gi beli barang then balik ke rumah kelantan. Tetiba ustaz intercom dekat maghrib, cakap nak cincin, x sempat beli, kedai dah tutup, apalagi, cepat2 balik rumah. Patut jalan 10 minit, jadi 5 minit. Ustaz kata, nanti ana datang ambik malam ni la, kul 8.30.. Kul 8.30, keluar rumah, jumpa ngan budak, dia tanya kau nak keluar ke? kau tak payah turun la, bahaya ni, nanti kejap lagi orang ramai datang nk buat rusuhan. Alamak, camana nak bagitau ustaz ni, bahaya ni. Jadi, menangislah saya kat tangga tu, sebab dah tak boleh fikir nak buat apa. Ustaz pulak lambat sampai, buat orang risau je.


Sabtu 29 Jan
This day is my wedding day. Pagi2 lagi keluar gi Wizarah Adl ( Kementerian Keadilan Mesir ) untuk akad nikah. Sepanjang jalan tu, hanya Allah yang tahu, dengan kereta kebal sepanjang jalan, bangunan-bangunan yang dah dibakar, sedang terbakar.. Alhamdulillah, urusan selsai dengan cepat.
Pukul 10 tengahari, line disambung balik, maknanya, hampir satu hari kami terputus hubungan dengan dunia luar. Dah sah jadi isteri orang dah.. Hari ni bermulanya perintah berkurung. Jadi, terpaksalah kami bermalam di rumah kelantan. Rumah dan bilik lain2 la. Malam ni, memang xak boleh tidur, bunyi tembakan, orang menjerit, ditambah pulak dengan perasaan sendiri. Abah call n cakap2 ngan abah.


Ahad 30 Jan
Hari ni balik rumah baru. Rumah kami berdua. Kemas rumah dan buat apa2 yang patut. Tengah jalan tu jumpa orang bawak parang panjang.. Pucat la muka kitorang.. Arab tu pun cakap. Eh, kau tak yah la takut, aku nak jaga keamanan je.


Selasa 2 Feb
Ada perjumpaan di Rumah Kelantan. Minta 60 orang pelajar perempuan balik Malaysia esok. Yang wajib balik, penghuni Rumah Kelantan Baru dan Lama, yang lain diberi pilihan.


Rabu 3 Feb
Hari ni rombongan pertama yang balik ke Malaysia


Khamis 4 Feb
Rombongan kedua pulang ke Malaysia. Bermakna, hanya saya seorang pelajar perempuan yang tinggal di Rumah Kelantan. Kami dah decide, tak nak balik. Saya lah ketua HEWI tanpa rakyat. Boleh duk rumah kelantan. Boleh pilih mana-man rumah. Suka...suka..best..kalau takde semua orang..xboring pun..sebab ada abang..kalau ada semua orang, tapi abang takde, boring giler.....Balik rumah, kemas rumah lagi, malam, teman abang study..mula2 je la teman..pastu dah start kacau abang study.. Aini, jangan nakal2.. study lorr..


Jumaat 5 Feb
Di atas beberapa sebab, abang dapat arahan, kena balik juga. Kami berdua balik dalam rombongan yang terakhir, lusa 7hb. Saif (my brother in law ) balik hari ni.


Ahad 6 Feb
Hari ni nak gi jalan-jalan dulu la. Dating ngan abang. Takde pun rakyat luar yang ada kat Mesir. Semua rakyat mesir je. Sampai rumah jam 4 petang. Tetiba YDP call, kena gi Airport sekarang jugak sebab harini flight last ke Malaysia. Kitorang yang xkemas apa2 ni, masukkan apa yang patut dalam beg. Kul 5, sampai di Rumah Kelantan. Azan Maghrib, kami bertolak dengan menaiki dua tremco ke Cairo Airport. Lucu bila ingat masa abang kemas barang..macam katun..aini tolong buat apa? tolong kacau abang. Dah sampai airport, broadband pulak hilang, tu la..saper suruh bukak internet atas tremco?? HUHU Ingatkan dah boleh naik kapal terbang, rupenye kena tido kat airport satu malam sebelum sampai di Jeddah. Alhamdulillah, dapat jugak pengalaman bermalam di airport.
Habis 1 airport kami round.. dengan kain pelikat abang ( selimut saya )


Nampak tak?? I'm the only Malay Girl kat sini..
Kat airport, kami mencari2 tempat nak tidur..dah frust dah ni, mata dah sakit, badan dah lenguh, xder tempat pulak, last2 abanng pujuk, belanja makan la..habis seratus lebih..kesian abang, dapat bini kuat makan.
Knows what abang tulis kat dalam diari saya... Buat sekelian kalinya abang marah aini lagi. Tp rajukku x menjadi asyik tersenyum krna dia memenuhi ruang hidupku....bgaimana nk marah sdg dia insan t'sayang huhuhu...( memang perasan la)


Isnin 7 Feb
Hari ni, setelah seharian di airport, kami akhirnya bertolak ke Jeddah jam 11 pagi dengan menaiki kapal terbang TUDM. ( 1 lagi pengalaman menarik ) Jam 2 petang ( waktu zohor di Jeddah ) kami sampai di airport Jeddah. Ya Allah, dah dekat rupanya dengan rumahMu...


Sampai sini saja jurnal saya, selepas tiga hari berada di jeddah, kami pulang ke Malaysia sebab Atuk abang meninggal.

Khamis, 10 Mac 2011

dunia baru saya


Tidak tahu dari mana nk mula. Bagaimana nak bermula. Macam blurr la pulak.. Ramai yang bertanya, kenapa blog saya kosong, takde isi. Hmmmm.. Bukan apa. Ceritanya banyak. Tapi dah ada pendengar setia sekarang, susah la pulak nak bercerita depan orang lain. Hari ni, 10 Mac 2011.. cukup ulanghari perkahwinan ke-40 hari.. alhamduliLLAH.. terima kasih Tuhan. Kau berikan hambaMu ini teman yang sempurna.
Bagaimana kehidupan lepas kahwin? Best ke? Hanya Tuhan yang tahu. Tambah2 dengan teman sebaik ini. Hidup saya lebih terurus. Berat pun dah bertambah. Huh. Mimpi ngeri yang jd kenyataan.. Shhhh…. Kitorang dh start diet tau.

Rasa macam semalam baru bercinta. Hari ni dh jadi isteri abang. Macam tak percaya. Ramai kawan-kawan yang tanya, bila kamu berdua bercinta? Macamana korang kenal? Macamana blh kawin? Entah la… saya pun tak tahu nak jawab macamana. Saya dah lama kenal abang. Sebab dia ahli debat sekolah. Fasih berbahasa arab. ( most favourite skill ). Abang kenal saya sebab saya anak abah je. ( biasanya saya dikenali macam tu ). Kami rapat di Mesir. ( I mean know him better ). Kami declare waktu abah saya datang mesir sebagai hadiah hari lahir saya yang ke-19. Dan kami bertunang secara tak formal pada bulan 2 ketika saya di tahun 2.

Tak banyak kenangan yang dicipta sejak mula declare sampai kahwin. Takde kenangan di taman bunga. Atau apa2 yang romantik. Sebelum kawin dulu, saya takut sangat nak kawin, sebab abang garang sangat. Tapi, lepas kawin, beza banyak giler. Banyak benda yang kami kongsi sama2 rupanya. Makanan kesukaan, warna, keadaan.. hampir semua la.. And lepas kawin.. abang dh jd pengganti mak n abah bg saya. Saya memang anak yang manja. Mak n abah blh jd saksi. Sekarang, kalau sakit, abang picit, bagi uabt, kalau menangis, abang sapu airmata, ( kadang2 dia pun menangis sama) . Kalau tak blh buat, abang tolong buatkan. Semua abang la sekarang.


Rabu, 26 Januari 2011

saya punya hati suka...xsuka

ini entry..cakap-cakap peribadi..
saya suka ;
1. cokolat..hari2 saya beli cadbury ada kacang harga 1.50
2. air gas..hari-hari saya minum paling kurang 1 tin..
(kuantiti coklat dan air gas bertambah jika stress)
3. nasik air.. masa duk sorang2 haritu..hari2 saya masak nasik air..tu fevret saya..skrg da tak boleh..:(
4. cakap " hati aini,aini suka la" ( maksudnya, suka hati aini la)
5. baca papan tanda..dan nukilan dinding...
6. mengembara seorang diri.. pastu sesat.. tapi takpe.. tengok,skrg dh boleh jadi penunjuk jalan..
7. kalau kena marah dalam telefon..terus letak then tekan switch off.. 
8. kasut xder tumit..saya paling suka kasut kungfu
9. beg pikul.. pergi mana2 xboleh tinggal beg.. kosong pun..bawak jer
10. belanja kawan.. sanagt pemurah.. kadand2 dh cikai pun belanja jugak
saya tak suka ;
1. kena tengking..jadi, kena berlagak baik sokmo
2. semua jenis barang penjagaan wajah..start dari pencuci muka sampai lipstik..i hate it..
3. orang cakap.. ok,saya boleh buat..tapi bila mintak mane? eih, mintak tolong saya ek?..benci lor
4. amik barang tak cakap dulu..then tak guna betul2.. weh, mak abah saya bukan cop duit nak sara awak.
5. barang kau barang aku.. saaaaaaangat tak suka..
6. saya tak suka orang paggil saya dengan nie, pah, (xder maksud)
7. tulis nama saya salah ( mak ayah saya pikir letih2 nak bagi nama apa tau)
8. study.( memang pemalas)
9. ubat dan hospital dan jarum ( macammana nak jadi doktor???)
10. tidur rumah orang ( katil dan selimut saya = suami saya ....x boleh tinggal la)kuikuikui

the end...

Selasa, 25 Januari 2011

Sanggupkah menjadi isteri kedua?

Lama betul aini tak menulis kan. Ye la, exam tak habis lagi. Ada lagi satu kertas, parasitology. Bukan senang nak senang. Tak susah nak susah. Masa malas nak study ni. Nak coret-coret la sikit. Tajuknya, sanggupkan menjadi isteri kedua? Kenapa saya pilih tajuk ni? Kenapa nak bincang tajuk ni? nak kawin ngan suami orang ke? Sejak bila kau pandai berfikir nak jadi perampas ni aini? Tak la. Mana ada aini nak rampas suami sapa-sapa. Tak nak kahwin pun lagi. Tapi, aini teringat pesan ustaz huzaifah, katanya "aini, ingat ya, kalau nak kawin nanti, aini kena bersedia untuk jadi isteri kedua orang tu, dan aini kena pesan kat bakal suami tu jugak, dia kena sanggup jadi suami kedua aini".
Agak lama aini memikirkan kata-kata ustaz huzaifah ni. Ye la, persoalan pertama, siapa suami @ isteri pertama kita? Betul tak? Pasangan pertama kita, adalah perjuangan kita. Hmmm. Fikir-fikir lagi. Andai kata la kalau kahwin nanti, kita nak jadikan suami kita sebagai suami kedua, itu senang. Tapi kita nak menerima hakikat bahawa kita yang kedua bukanlah senang. Tak nak la. I JELES. Ok. Titik.
Persoalan kedua, saya kena pergi palestin ke? Perlu berjuang ke? Aini...aini...sempit sangat kau pkir. Tak semestinya kena belajar kungfu atau karate baru boleh serang israel. Belajar medik pun boleh tolong agama apa. That's why. nanti bila dah ada husband, kalau dia cakap, "ayang, tak payahla kerja, duit abang kan dah banyak, ayang duduk la kat rumah, boleh kita  menambah kasih sayang" then, say to him " abang, saya bekerja bukan untuk membina istana besar-besar, tapi saya bekerja nak tolong Islam, biarlah susah sikit kat dunia, nanti Allah balas dengan syurga untuk kita sekeluarga kat akhirat, bukankah dulu abang meminangku kerana dakwahku? " confirm, jadi isteri solehah la aini pasni.
Ok. jangan gelak, serius la ni. Kalau sapa-sapa pernah baca buku Hari-Hari dalam Hidupku, catatan hidup Zainab Al-Ghazali, antara pimpinan kaum hawa IM. Antaranya, kisah dia dan suaminya, aini tak ingat sangat detailnya..ye la, Ilmu tu ibarat binatang buruang, kalau kita tak ikat, maka larilah ia. Nak ikat dengan apa? Tulis la. back to the story, zainab ni sangat sibuk. Kadang-kadang ada meeting la, usrah la, sapa-sapa je datang dan pergi kat rumah dia tu. Kenapa suami dia tak marah atau tak tanya? Suami dia dayus ke? Suami dia tak dayus malah bukan cemburu buta. Tapi, sebab diorang kawin kerana perjuangan maka suami dia menerima bahawa dia adalah suami kedua zainab.Zainab cakap macam ni kat suami, Wahai suamiku, janganlah kau bertanya siapa yang aku temui, apa yang aku lakukan dan ke mana aku pergi, sesungguhnya, jika benar apa yang aku lakukan ini, maka aku mengharapkan Allah memberikan ganjaran pahala untukmu bagi setiap yang kulakukan." Zainab selalu berulang-alik masuk penjara, diseksa dengan hebat tapi suami dia masih setia menunggu dia. Sanggup ke saya jadi macam tu??? Aini pernah terfikir nak cakap macam tu kalau dah kawin nanti. Tapi, bila tengok diri ini sendiri, suami belum masuk rumah lagi dah tanya, abang pegi mana hah? kenapa tak cakap nak balik lewat?,,bla...bla..bla....adusss...gagal lagi...
Menjadi anak seorang pejuang tidak sama dengan menjadi pasangan pejuang. Sanggup ke kita nak urus rumah tangga sorang-sorang kalau pasangan kita sibuk dengan urusan orang lain. Dah takder duit sangat ni, tapi suami kita pulak bagi duit banyak-banyak sedekah kat orang? Sanggup ke kau aini???
Pesanan untuk diri sendiri, aini, u will get what u give..jangan tulis...membazir tenaga kalau kau tak nak berubah...huh...ilal liqa' ..ma'assalaamah

Selasa, 11 Januari 2011

Baru, New + Jadid

Tahun baru..rumah baru..impian baru...perjalanan baru...layout blog pun baru...on construction...sabar ye..

Isnin, 13 Disember 2010

Hypertension @ Tekanan Darah Tinggi..

Tetiba rasa nak berkongsi sesuatu yang sangat-sangat best. Pasal darah tinggi. Most commonly disease nowadays. Darah tinggi terjadi bila tekanan darah pada salur yang membawa darah beroksigen (kita mempunyai dua salur darah iaitu arteri yang membawa darah beroksigen dan vena yang membawa darah tak beroksigen) meningkat melebihi 140/90. Kenapa ada salur untuk darah beroksigen dan tak beroksigen, mungkin saya akan post lain kali.
Terdapat dua jenis penyakit darah tinggi

  1. Primary - 90% daripada kes yang berlaku tanpa sebab
  2. Secondary - 10% daripada kes yang berlaku bersebab contohnya
                    1. renal artery stenosis ( saluran darah ke ginjal tersumbat @ sempit )
                    2. pheochromocytoma ( sejenis tumor pada kelenjar adrenal )
                    3. dadah
                      1. corticosteroids
                      2. pil perancang
                      3. clonidine withdrawals
                      4. tindakbalas keju dan MAoI
Pengkelasan penyakit darah tinggi { mengikut tekanan diastolik ( nombor di bawah garisan )}
  1. Mild ( ringan ) 90-104mmHg
  2. Moderate ( pertengahan ) 105-114mmHg
  3. Severe ( parah ) lebih dari 115mmHg
  4. Malignant ( bahaya ) lebih dari 130mmHg
Secara fisiologinya, tekanah darah tinggi atau rendah disebabkan oleh jantung dan isipadu darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanah darah arteri
  1. C.N.S
  2. Sympathetic Ganglion
  3. Adrenergic N.E
  4. Salur Darah
  5. Jantung
  6. Isipadu Darah ( diuretics )
Setakat ini dulu post saya, sebab yang sterusnya adalah nama2 dadah sahaja..Jumpa lagi...

Ahad, 12 Disember 2010

Hari Professional




PENDAHULUAN
  • Sering kita lihat seorang doktor dengan rupa yang kemas dan meyakinkan. Ini kerana perwatakan yang dibawa dapat menarik keyakinan pesakit terhadap rawatan yang akan diterimanya daripada doktor tersebut.
  • Dalam melahirkan generasi doktor keluaran Mesir yang professional, Biro Akademik telah mengusulkan cadangan agar dibuat satu ketetapan kepada semua pelajar untuk berpakaian kemas ke kuliah.
  • Walaupun professional bukanlah dilihat pada pakaiannya, namun penampilan luaran memainkan persepsi pertama yang penting kepada masyarakat terhadap golongan doktor.
MISI
  • Melahirkan  mahasiswa graduan Mesir yang professional
OBJEKTIF
  • Melatih mahasiswa supaya berpakaian kemas ke kuliah
  • Melatih mahasiswa supaya sentiasa mementingkan penampilan dan kekemasan diri
  • Sebagai lambang persepakatan dan kesatuan dalam kalangan mahasiswa PERUBATAN seluruh Mesir
SASARAN
  • Semua mahasiswa PERUBATAN di Mesir
PELAKSANAAN
  • setiap hari ISNIN
MAHASISWA
  • Berkemeja lengan panjang dan berseluar slack atau semi-jeans
  •  Seluar jeans tidak dibenarkan
  • Digalakkan memakai tali leher
  • berstoking dan berkasut kulit yang bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
  • Berambut kemas
  • Memakai blazer atau jaket supaya kelihatan lebih profesional dan kacak
  • Memakai minyak wangi secara sederhana
MAHASISWI
  • Berbaju kurung atau jubah
  • Memakai tudung (hitam/putih) dengan kemas dan   menutupi bahagian dada
  • Tidak memakai seluar (jeans dll)
  • Memakai blazer atau jaket supaya kelihatan lebih profesional
  • Kasut bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut  sukan)
  • Pakaian tidak menjolok mata, ketat atau jarang
  • Make-up, aksesori atau pewangi hendaklah secara  sederhana
  • Tidak digalakkan memakai beg sandang belakang (backpack)
PENUTUP
  • Harapan diletak agar semua mahasiswa  PERUBATAN dapat mematuhi etika yang telah ditetapkan.
  • Lebih cantik lagi jika ia menjadi amalan setiap hari, bukan sahaja pada hari yang telah ditentukan.
  • Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan generasi graduan yang sedar akan kepentingan penampilan diri apabila pulang ke Malaysia kelak.

Sabtu, 11 Disember 2010

No Title....

Keluarga saya

Kemana pergi post "keluarga saya"????? Dah hilang....Mana nak cari...Tak ada...Ok..Biarkan....Rugi masa je klu nak tulis balik.... We'll proceed to the next post...:D pemalas betul...Oppss..tambah 1 'pic'

Rabu, 17 November 2010

saya dapat sijil


Saya dapat sijil ni masa majlis jamuan hari raya Perubatan kat ARMA @ DMAK . Kerja yang tidak seberapa tetapi mendapat penghargaan yang besar sebegini . Terharunya . Terima kasih ya semua .

Isnin, 15 November 2010

saya sakit???

Saya telah berjaya mendiagnos diri saya . Keputusannya...saya menghidap SAKIT HATI . Bukan Hepatitis A,B,C ataupun Z tapi sakit hati (benci , riya' , ego , dan sewaktu dengannya...) . Tolongla saya....