Khamis, 2 Ogos 2012

Syed Abdullah bin Syed Mohamad Nasir @ Daniel

The one in the red circle

Entri ni akan berkisar tentang cerita penipuan yang dilakukan oleh lelaki berwajah "malaikat" di atas. Sebelum itu, saya Nur Aini Afifah membuat pengakuan bahwa saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas penulisan ini dan bersedia didakwa jika apa yang saya sampaikan di dalam maklumat seterusnya adalah tidak benar.

1st..aini akan cerita berapa banyak kami ditipu..hutang sahaja LE60,000..kontrak beli kurma RM 200,000..terkejut tengok $$$$ kan?
Tu la yang buat aini meroyan satu Mesir ni..

Kisah dia bermula 23 April 2012..eh, sebelum tu, 28 Feb 2012, ni first time kami ( keluarga kami n keluarga dia ) jumpa..kami jumpa kat hospital..aini baru bersalin kat si Khadijah ni, dia pulak bawak anak dia pi check-up..so, dia offer la nak hantar kami balik rumah..tapi kami tolak sebab dah ada teksi dah pun..

About a month after, kami terserempak sekali lagi dengan dia ni..masa tu dia sorang, so, abang pun ambik nombor fon dia ( ye la kan, sebab abang kan seorang yang berkebajikan, si bangsat tu pulak cakap tak kenal sape2 kat mesir ni )..

0n April 23rd..cerita bermula..bila abang kol aini, cakap jantan ni mintak pinjam kad kredit la kejap nak transfer duit..dia kena rompak USD 6000..takder duit lansung..sebagai isteri yang baik..aini sokong jer la..malam tu abang pergi jumpa dia, tanya sikit2 apa jadi ( dia cakap dia kena rompak dengan arab, duit, henset, galaxytab semua kena rompak..dalam dia duk bengong2..tetiba kawan arab dia cakap nak tolong..tapi nak pinjam kereta sebab nak ambik duit kat 6th oktober..last2..dengan kereta2 lesap)..jadi sekarang masalah bertambah sebab kereta tu hilang..kereta tu sewa dengan arab..jadi arab suh ganti la kereta tu..berapa puluh ribu ntah..dia cakap dia dah bayar le40000..jadi nak bayar lagi separuh lagi la..nak pinjam duit kami dulu..jadi abg bg le8,000..kawan abg bg le12000..

Sebelum tu, kami dah tanya , dia buat report kat embassy ke x kan?..dia cakap dah..tapi pegawai buat xlayan jer..(dia macam tau jer titik kelemahan kami kat mana) cerita ni sebenarnya dia cuba nak kelentong konsulat embassy iaitu En.latiff tapi En.Latiff cepat sedar n tak jadi la dia nak tipu.

Esoknya dia cakap, duit dah di transfer kan ke akaun kami suami isteri ni..satu akaun usd10000..total dia USD 20,000 la kan..(memang ada mesej dr bank tu tarikh 25 april )..dia tulis paling lewat kami akan terima sebelum 30 April 2012..
Dalam masa ni, dia ajak kami pergi embassy buat kad bank yang baru sambil2 buat sijil kelahiran si khadijah ni..(aini dah cakap suruh buat surat untuk mohon kad CIB punya..dia pergi buat HSBC..tak dapat la..dia kata arab embassy (wasif) tu cakap macam tu..tak tau la kot2 dia dah rasuah arab tu kan..sebab yang aini tahu..bendahari jer boleh buat surat tu..pastu sampai sekarang tak buat2) tapi macam tak lojik la dia rasuah si wasif tu, sebab wasif tu kan polis mesir

Lebih kurang 1 @ 2 @ 3 Mei, dia sekali lagi mintak duit..sebab arab keta tu cakap tak cukup, mula2 tu, abang nak bagi..aini cakap tak payah..cukup la Le8000..tapi kawan abang bagi LE10,000..sanggup pergi ambik kat mansuro..(memang la yang ni bukan jadi tanggungjawab kami..tapi sebab kami la kawan abang kenal jantan tu kan..jadi kami bertanggungjawabla)..

Ohye..duit yang di transfer tu..puas kami tunggu..tak masuk2..call hsbc, hsbc suruh tanya standard chartered..call standard chartered, dia kata hsbc problem kut..fenim fenim..kol nak cek akaun pun tak boleh..

Okey settle duit transfer..kawan abg tu dah fly pegi UK..8/5 kami dapat tahu YDP KPKM nak datang Mesir..jadi kami suruh dia kirim duit melalui YDP KPKM tu..10/5..YDP KPKM kata dia tunggu2 kat airport, takder orang kol pun nak hantar duit..sampai sudah duit tu tak terhantar..11/5..YDP KPKM tu sampai Mesir TANPA duit USD 10,000 kat tangan..( Ustak haprak tu cakap, orang yang nak tolong hantar duit tu..eksiden..pastu koma..) ok. Fine…orang tu adalah pegawai bank..yang katanya jaga harta dia la..nama En.Arifin

Pastu, kan duit kete tak habis bayar lagi..ada lagi dalam 10ribu kan?..Arab tu paksa juga dia bayar..sampai dia kena pukul dengan arab la..patah kaki tu..abang cakap..takkan dia tipu patah kaki..sebab memang nampak dia jalan hencut2 kan..bengong la kalau kami tak tolong..orang kena pukul sampai nak mati..ada anak bini lagi..( bapak dia pergi mana time tu??..bapak dia duk Belgium..tak boleh nak kol)..jadi kami pun pinjam duit dengan ust jamal Le15,000 masa ni kami dah tak percaya kat dia dah..jadi kami mintak salinan passport..

Dalam masa tengah buat urusan ni jugakla..dia cerita keluarga dia kaya..projek bapak dia berjuta2..dia pun dalam bank ada mas 15ketul..pastu berkebetulan masa abang duk buat urusan dia ni..arab2 yang meniaga dengan abg kol..jadi dia tahu la abang meniaga besar kan..tetiba datang la pulak cerita..bapa sedara dia amu fuad nak beli kurma dari mesir..harga RM200,000..bapa sedara dia pun bank in la duit tu dalam akaun CIB aini..(sebab dia nak akaun mesir punya kan)..kami pun kol orang kurma..tempah nak buat kurma…bini dia pulak ada projek jubah..(nasib baik yang ni tak sempat tempah)..duit kurma tu xmasuk lg nih..pastu, dia cakap dia nak melabur dengan arab (kawan abg )..sebanyak  le38,000..( ni, sebab duit dia lambat masuk, abg pun dah kering, aini dahulukan duit JPA aini..sebab malu dengan arab kan..dah tangguh sebulan dah..lagipun susah nak jumpa arab baik)..ohye..dia juga tawarkan kami tiket flight..bisnes kelas lagi..ada salinan ni..tapi yang tak konpem punya la..katanya esok baru confirm..esok (25jun) kita tengoklah..ada ke tidok..(semua ni takde..duit @ tiket semua tipu je)

17 mei..arini kami memang dah betul2 takder duit..dah kering..sampai nak belanja pun korek duit tabung..kongsi pulak dengan dia..yer la..dia cakap anak dia sakit..susu kat rumah habis..daging ada seketul jer..(seb baik la rumah kami ni ada tabung kecemasan..ada la dalam 140++ )

Pastu, bermula la episode sedih, anak dia sakit lelah..sampai kena inject kut..jadi duit yang kami bg tu..tak sempat la nak beli makanan..buat beli ubat anak dia..sedih tak??sy sebgai seorang medical student merangkap seorang mak..sangatla tak sampai ati bila dengar macam tu kan..:(..rupanya dia tipu aku..tak guna..

Eh.Eh..sebelum tu..ada lagi..dia suruh kawan dia transfer duit (kawan dia nama Nasiruddin bin tahir..macam nama bapak dia kan) transfer duit..sebanyak RM30,000..entah macam mana kawan dia buat..mesin ATM tu rosak..so duit tu stuck la..pastu kawan dia pun transfer la duit kecemasan RM1,500..alhamdulillah..sampai la..pastu kawan dia pun cakap..dia transfer balik duit 30,000 tu tapi USD la..bukan RM dah..melalui Western Union..sebab banyak kan..pastu mintak tolong bapa saudara dia ami fuad hantar duit sikit..bapa saudara dia pun transfer la USD20,000..kut Western Union jugak..oh..ada satu lagi transfer yang dia sediri buat dari akaun dia ( dia panggil e-transfer)..sebanyak RM15,000..(yang ni kami ada resit)..tp semua ni duit tak dapat..

19 Mei..Duit kete tak habis bayar lagi kan..arab kete tu cakap dia nak paling kurang 7,000 lagi..pastu boleh la kurang sikit jadi 5,000..arab tu sekali lagi pukul dia..n ambik henset dia (take note, henset ni penting sebab ada nombor bapa saudara dia yang nak datang mesir and tracking number Western Union untuk ambik duit)

Esoknya, kami berusaha untuk pujuk arab tu..paling penting nak amik henset tu la..arab tu kata..LE3,000 kalau nak amik henset…kami hampir nak gadai motor n cincin kawin..sebab nak pinjam dengan orang dah malu kan..banyak sangat pinjam..Alhamdulillah..masa duk tengah cari duit..aini cek akaun CIB..duit JPA baru masuk..jadi mula2 dikeluarkan LE3,000 untuk bayar hutang dia..untuk dapatkan henset tu..abang tak pergi jumpa arab tu..sebab dah lewat sangat..sebelum subuh 21hb mei..

Hari yang sama..bapa dia yang tadi duk bercuti kat Belgium..dah sampai Malaysia dah kan..bapa saudara dia ami fuad pulak datang mesir..datang mesir bawak duit USD50,000 yang bapa dia kirim dan resit2 yang dia buat transfer..bapa saudara dia akan sampai pada 21hb Mei..( sebab kan henset tu diambil oleh arab, pak sedara dia tak boleh nak kol dia..jadi bapa saudara diaa pergi ke dubai dulu..duit western union kawan dia pun hamper ditarik balik)..jadi dah dapat telepon, pak sedara cakap akan sampai pukul 8malam 22hb..abang pergi tunggu kat airport..tapi tetiba..dia cakap dia delay pulak pukul 1..pukul 1 tu..abang kol dia ajak pergi ambik bapa saudara dia..dia cakap tak boleh keluar pulak sebab bini dia sakit..anak pun tak sihat..asyik nak berdukung je..takpelah..kita settle esok..

Pagi 23hb..sebelum ni dia cakap bapa saudara dia akan menginap di Holiday Inn kat City Star tu kan..pastu..bila bapa saudara dia sampai sini..dia cakap akan menginap di JW Marriot pulak..abang pergi cari la dengan dia..ada dua kan..yang dekat Mator  n yang dekat tahrir..jauh tu..pastu tak jumpa jugak..nama pun takde..tapi pak sedara hantar duit USD 500 melalui driver hotel..

Masa ni jugak U.jamal mintak duit..sebab janji nak pinjam seari dua je kan..pastu dah seminggu ni..jadi bayar la guna duit JPA aini dulu..pastu macam aini cerita dalam kotak tadi..duit JPA tu jugak bagi kat arab untuk melabur ..

Ustak tu cakap..bapa sedara dia sampai 2 3 ari je kan..jadi ari jumaat tu..kami ugut dia..nak tunggu pak sedara dia di depan hotel JW Marriot..(ish..tetiba dia cakap, pak sedara dia dah kol janji nak jumpa kat tempat tertentu esok 26hb)..takpela..tunggu kan..sampai petang..tak kol jugak..malam tu..aini ugut nak tunggu depan rumah dia..dia pun ajak la jumpa..(tau pun kau takut ye)..dia cakap bapa saudara dia pindah pergi hotel Conrad..dia cari-cari tak jumpa hotel Conrad tu..okeh..takpe..mari aku jar kau mana nak cari hotel Conrad..kami pun pergi la cari..pakai map google tak sampai sejam dah duduk di depan hotel Conrad..nama bapa saudara masih lagi takde..masa ni dia dah takut nak jumpa aini w/pun aini tak pernah sebut apa-apa lagi..korang bayangkan..bukan suami aini pergi dengan dia jerk at hotel tu..aini dengan anak kecik pun pergi..pukul 3pg baru balik..( oh lupe nak bagitau..bapa saudara dia kol pakai nombor +8001234567..kalau korang cari dalam internet..dia tulis private number..nak buat jenayah pakai number ni la..)..Pastu kami bagi cadangan la..kalau bapa saudara dia kol..cakap la..nak duit sangat2..lima ratus je..pastu ambik no plat driver hotel..bagi kat polis..takpun bawak jer polis..suruh ikut kete tu..maner tau kut-kut bapa saudara dia kena culik ke apa kan..tetiba..lepas je aini bagi saranan macam tu..terus bapa saudara dia mati kena bunuh kut..tak kol dah…Kami pun bagi masa seminggu lagi la..nak jawab dengan orang kurma lagi..(kalau ikut ati memang nak declare dia ni penipu dah)..

7/6..si Daniel ni cakap bapa dia dah buat urusan dengan bank..bank cakap duit tu tak masuk sebab akaun dia arab yang curi tu guna..sebab tu semua yang transfer tu tak masuk..arab tu guna total USD 45,000..sedangkan yang dia nak buat transfer USD25,000 +- jer..(yang buat aini lagi konfiusnyer..lepas en.Arifin ni koma..dia kol pegawai bank standard chartered..nama syeren..syeren cakap dia boleh keluarkan duit sebanyak RM800,000..syeren tak cakap pun kena block)..

Abaikan la..pasal duit tu..sekarang bapa dia dah transfer duit..melalui CitiBank USD20,000 dan melaui Moneygram USD10,000x3..berapa jumlahnya tu??..tak boleh keluarkan juga..(yang alas an dekat moneygram paling lawak..kenapa tak boleh keluarkan duit?..sebab bertindan 3 keping cek sepuluh ribu..banyak sangat..)

8/6..kami ni dah hilang sabar ni…kami pun suruh bapa dia kirim kut orang..taknh pakai dah transfer ke pos kea pa ke (bos abg datang mesir sambil buat umrah sampai 11hb)..tetiba pada hari yang dijanjikan..dia cakap bapa dia dah hantar kut UPS ekspress pulak..inilah titik permulaan rahsia dia terbongkar..

Bapa dia janji nak bagi duit sebelum jumaat(malaysia) kan..kami mintak no tel bapak dia..dia cakap nak bagi sebelum jumaat la..(w/pun dengan kami dah ada nombor bapa dia yang kami ambik melalui internet..tapi adab kita kan..)..kami tunggu dia tak bagi..jadi bila tetiba pagi jumaat tu bila kami kol Tanya maner duit nak kirim..orang Malaysia Tanya..dia cakap bapa dia dah hantar kut lain doh..bengang giler..jadi kami pun buat bengang la..suruh jugak orang Malaysia kol Tanya..pak dia cakap..takde hantar apa-apa pun..tanya si Daniel ni pulak..dia cakap..bapa dia memang akan cakap tak tahu..sebab cakap dengan orang tak kenal kan..UPS tu sampai ahad ni..jumlahnya RM 200,000

11hb..kami ajak datang rumah..tnya dia baik2..maner UPS express tu..dia cakap dah sampai satu..(aku ingat bapak dia hantar dua cek..rupa dia nak cakap yang orang pos dah sampai satu surat..isinya kad bank)..ok la..dia pun cakap..esok dia akan cuba aktifkan kad bank dia..part ni lagi lawak..nak aktif kad bank..ambik masa 3jam..pastu semua mesin Atm yang dia pergi semua rosak…lucu giler..abg tak ikut sebab aini dah tak bagi ikut..rugi masa jer..start sini la..aini hantar mesej kaw kaw dekat dia..sampai dia takut nak jumpa..

13hb..sebab abang ajak jumpa dengan arab kan n kami ugut nak cop dia penipu kan..dia pun cakapla..dekat tangan dia ada Le10,000..kejap lagi dia sampai..abang dengan arab tu tunggu dari pukul 4petang sampai 10malam..dia kol lansung..bengong tak?

15/5…dia bagi duit le2,000 tapi duit ni bg kat arab (arab yang janji nak melabur tu)..
19 Jun..aini ni jenis mudah panas..tambah2 bila masuk bab keluarga ni..bayangkan, kami sampai takde apa2..satu sen pun takder orang..org boleh tipu..aini print gambar dia..pergi tunggu dekat kereta dia..malam tu memang dia kena basuh teruk la..(tapi kan kalau dah penipu nak buat macamana kan)..

21 Jun..Dia kata nak bawak duit datang rumah pukul 2 kan..ok..kami tunggu..pukul 4 xsampai lg..macam-macam la alas an dia..nak jumpa arab la..pukul 5.30ptg..dia kol abang..aini angkat..aini tengking dia..sampai kul 10 tak datang jugak..pastu berani pulak dia mesej..kata ada masalah la..suruh kol ayah dia la..

pagi esoknya..lepas subuh..kami pergi tunggu depan rumah dia..tau apa jadi??dia dah pindah..nak naik..pintu grill tutup..jadi kami pun tunggu sampai ada arab buka pintu..curi2 masuk..naik ke tingkat rumah dia..ketuk pintu..dia taknak buka..lama gila tunggu..dari pukul 4pg..sampai 830..memang dia taknak buka..meseg tak balas..hantar meseg kat bapak dia..(kalau pakcik ada hati..tolong fikir)..memang bapak dia tak balas..takde hati la tu kan?..orang malaysia pun tolong kol bapa dia..tapi bapa dia tetap suruh bincang dengan anak dia..aini dari lepas subuh..memula tinggal anak kecil kat jiran bawah..pastu pukul 630 balik mandikan, bagi susu anak, bawak pergi tunggu depan rumah si daniel tu..jalan kaki sebab abang kena tunggu depan rumah dia..dahlah 23hb abang ada exam..

23 Jun..Kami bagi masa kat dia dari zohor sampai asar..kalau passport dia arab pegang…bawak la passport bini dia..dia cakap..bini dia tak bagi..bini gaduh dengan dia..bini dia mintak cerai..bini dia lari…huhu..amik point aku tu..kalau takder jugak..kami report..

24 Jun..A.Mae (saudara aini @ bos2 abang ) n a.lan(abang ipar aini) pergi rumah dia nak jumpa bapak dia..bapak dia taknak jumpa..semalam kami dah bagi sekali lagi peluang kat dia untuk datang rumah..tanpa bawak apa2..dia taknak datang..meseg taknak balas..jadi setakat ni..report polis dah dibuat di mesir..oh ya..satu lagi..dia mesej ( Salaam ustaz, ana tahu ana bersalah dlm perkara ini. Izinkalah untuk ana perbetulkn dan tenangkan keadaan, ana skrg tgh betul hancur)
Sebenarnya panjang lg..tapi malas la nak tengok mesej dia..sama je ayatnyer..tak tahan tu samapi bersumpah..Wallahi..Eh, aini tak sebut pu pasal exam kan..macamana korang baca ni sampai lupa exam..macamtu la keadaan kami dengan exam ni..sampai abang hampir tertinggal kertas..sebab lupa nak follow up jadual..first time merasa hidup merempat..rumah bergelap seminggu (xder duit nak beli lampu) sebab tolong orang..sampai lupa..eh..aku ada anak kecik..umur 4bulan baru..2bulan khadijah besar dalam masalah..

25 Jun..fesbuk ni sangat laju..nampkanya si daniel ni dah tahu gambar dia tersebar di fesbuk(cakap xder fesbuk)..semalam abang n the geng pergi tunggu kat kawasan rumah dia sampai subuh..memang gelap n takder orang..tetiba pagi ni dia hantar meseg..lebih kurang cakap macm ni la ayat dia ..saya malu sebab gambar dan cerita tersebar di fesbuk, semoga Allah lindungi keluarga saya..
setakat cerita ni tersebar..kami dapat tahu ada lg 4 kes yang melibatkan lelaki ni..3 d mesir..1 d indon...

Bagi sesiapa yang malas nak baca cerita dia..aini bg kesimpulan la..cerita ni berlaku start 23hb April..
Si Daniel ni berhutang dengan kami sebanyak Le60,000
Si Daniel ni ikat kontrak nak beli kurma dengan harga RM200,000 (kurma ni pun kena bayar sebab dah tempah..siap packing dah )
Si Daniel ni janji nak transfer @ dah transfer duit berjumlah (USD 10,000x2x1x3 + USD 20,000 + USD 30,000 + USD 50,000 + RM 200,000x2 + RM 15,000 + LE10,000 + LE2,000x2 )...tapi yang kami dapat baru ( RM1,500 + USD 500 + Le 2000+ RM3,000)

Di Mesir, memang kami canang cerita ni bagi dia malu..

Setakat ni, ayah dia dah buat pengakuan akan bayar semua tu..kami ada bukti



Sekian terima kasih sebab sudi baca cerita Robin Hood saya ini..

Nak saman?? Saya sangat mengalu-alukan..

Hadiah Dari Allah

Assalamualaikum..salam jumaat penuh keberkatan, salam ramadhan kareem..
Alhamdulillah..masih diberi peluang bernafas di bumi Tuhan..
Hari ni, genaplah 5hari kami berpisah..kena "halau" dengan tuan rumah..hehehe..lucu juga bila ingat balik...mesti pening cerita aini ni kan..

sebenarnya cerita dia macam ni..kami somi isteri ni memang plan nak pindah rumah sbb tak suka kat tuan rumah, rumah tinggi penat nak panjat, n rumah tu banyak barang..cuma kami bajet nak pindah awal tahun depan..kami ni memang dah tak ngam dengan tuan rumah lama dah...ye lah..suka cekau duit kami..suruh baiki itu ini..kemuncak kes ni bila dia cakap.."aku nak naikkan sewa rumah bulan ni, kaun nak duk kat sini lagi ke tak?" abang pun cakapla.."nak duk lagi"..pastu esoknya cakap lagi "aku nak naikkan sewa rumah bulan ni, kau nak duk lagi ke tak,kalau kau taknak, ada orang nak duduk?"..abang pun jawab.."nanti la aku bincang ngan bini aku"..pastu petang tu, dia tanya lagi, abang buat dunno jek..maghrib tu, masa kami nak keluar, aini ada sekali, dia tanya lagi, abang pun geram, dia terus cakap, "aku keluar la"..

ok, cerita yang seterusnya biar jerla kami simpan, pastu malam kami nak pindah barang, dia pun naik la atas rumah..masa ni, abang takde, aini tak keluar, so adik aini (aki) jumpa dia..dia pun membebel ape tah kat budak tu..bila abang balik, abang gaduh nagn dia kat tangga..n naik tu terus cakap, "jom, kita keluar sekarang"..masa nak keluar tu, cari mangga rumah, takde, kol aki tanya mangga kat mana?..TUAN RUMAH AMBIK...noted kat sini, kami dihalau keluar sejam sebelum sahur n kami keluar rumah tak cukup bulan lagi..entahlah..tak kisah la..mintak2 tak jumpa dah orang macam tu..cuma sekarang ni, kami kan takde rumah, jadi aini n khadijah duk rumah kawan aini, abang duk rumah kawan dia..PJJ la...nikmat jugak PJJ ni..insyaAllah..tak lama dah..3 4 ari lagi nak balik malaysia..doakan kami ya..

Alhamdulillah..lupa nak promote..buku kami dah keluar..
1st..buku Puasa dan Fatwa Berkaitannya..dilancarkan oleh TG Nik Aziz 7 Ramadhan baru ni
2nd buku Wanita, Musafir & iKhtilat..yang ni dijual di mesir bawah Bekon PMRAM..(hajatnya nak try selit bawah PERUBATAN sikit )..


Rabu, 18 Julai 2012

Mata Merah...

Lamanya tak menulis dalam blog..harini menulis blog dalam keadaan mata merah..hidung berair...alhamdulillah..Allah masih sayang pada hambaNya ini..diberi ujian selsema pula..Khadijah dan abinya sihat2 saja..bagus la pulak...oh ya..give away yang 1st time..aini cuba tu..alhamdulillah..menang..nak jugak try susu ilham tu..mungkin tuan kedai dah hantar ke rumah kot..bagi Aisyah minum dulu..nanti boleh beli buat stok khadijah kat mesir ni pulak...hohoho

Anak kecil saya makin hari, makin nampak kematangannya..ssekarang ni dah 4 bulan lebih..selalu bila orang jumpa..orang ttanya berapa bulan?? bila cakap 4 bulan lebih..oh..subhanallah...matured nya dia...orang suka puji mata dia..pipi bulat dia...mulut potpet dia..and rambut dia...hehehe....truly khadijah memang anak abi la..kopipes abi..dengan perangai2...sangat mudah dan senang dijaga...(hey..mata ia tu, saya punya...LOL)

Dalam entri2 yang lepas..aini ada cerita pasal aini dah start ajar Khadijah membaca kan..sekarang dia memang minat buku atau sesuatu yang bergambar dan bertulis la..huruf hijaiyah aini dah start ajar yang stail 'iqra tu..baru jer seminggu...tapi biasa la..bila maknya pun tengah belajar...maka kadang-kadang pembelajaran anaknya pun terbantut..huhuhu...dan alhamdulillah...surah setakat ni, baru 7 surah-surah kecil yang dihafal..

Walaupun Khadijah masih belum pandai cakap, dan kami pun tak tahu betul ke dia dah hafal surah tu..tapi aini percaya sebab otak kanak2 kan berkembang dengan cepat sampai umur dia 6tahun...dan  aini tengok ramai budak2 or baby yang bila kita ajar lagu, dia boleh ikut lagu tu serupa betul macam penyanyi asal even dia cakap pun tak pandai lagi..dan satu lagi, aini perhati khadijah, bila kita ajar satu benda, dia akan terus ingat..contohnya, harini aini pegang baby A dan duduk depan Khadijah sambil peluk baby A dan cakap, Khadijah, mama sayang baby A..(memula dia ignore je..ok..ulang sekali lagi)..Khadijah, mama sayang baby A...(masa ni dia akan nangis)...esoknya..bila dia nampak je baby A tu, dia akan terus nangis...contoh dua, ni aini bagi contoh macamana aini ajar dia hafal quran..kali pertama dia dengar..dia akan senyap je...kali kedua dia dengar dia akan nangis..kali ketiga dan seterussnya dengar baru dia ikut...(ikut dalam bahasa baby la)...ni aini try dalam dua tiga surah..kalau surah yang dia biasa dengar..tengah nangis pun, boleh berhenti n ikut (abi dia selalu buat)

Aini tak tahu la apa yang aini buat ni betul ke tak..tapi aini buat ikut suka hati la...hahaha...tapi aini buat biar dia tahu la jadual dia...bila mama pakai telekung, means mama nak solat (dia pun tak nangis)...dia akan tidur pukul 12 malam dan bangun 12 tengahari...antara waktu2 tu, dia bangun la kejap2 mintak susu...dia tahu dalam sehari kena keluar rumah, (sekarang, kalau sehari tak bawak dia keluar rumah, nampak gelisah je, bawak pergi kat tingkap...baru ok...)..even menghafal quran pun ada jadual..buku aini tak ajar la pulak baca..tapi aini akan buat gini, bila waktu lapang je, tengok buku...sekarang ni dia memang nampak minat..minat nak makan..

Perkembangan terbaru lagi...khadijah bakal ada gigi..nampak dah puncak taring bawah tu..mama pun kena la ready tuk menjaga gigi khadijah yang cantik pulak...

Ok lah..setakat itu dulu untuk update harini...
Allahumma faqqiha fiddin wa 'allimha ta'lim...

Rabu, 4 Julai 2012

KEDAI TASNEEM: give away susu ilham

Klik gambar untuk info

KEDAI TASNEEM: give away susu ilham: seperti yang dijanjikan.... anda mahu rasa susu ilham?? sertai giveaway kami dan anda berpeluang untuk mendapatkan sampel...

Assalamualaikum..ni first time nak cuba nasib..jadi biasa la..make copy paste je..

Khamis, 31 Mei 2012

FriDAY

Salam Jumaat..Hari yang penuh keberkatan..marilah sama2 kita menggandakan amalan soleh..tambahan pulak bulan Rejab..jom berlumba tambah pahala kawan-kawan...hehehe..

Baru sudah buat tiramisu n mengenyangkan perut my anak dara...tak sabar nak tengok hasil tiramisu itu..the anak dara with her abi tengah tidur lagi...

arini..aini nak update pasal khadijah...
Semalam aini g shopping kt LULU..hajat nyer nk beli mixer..dah beli pun hrga LE87( dalam RM 44 or less)..biasa la kan orang pompuan ni, kalau dalam list ada 3jer barang, masuk market bukan main lama..macam nak beli satu supermarket..last2 keluar tgn kosong jgk...hapa pun takbleh...huhuhu..(eh, apa aini nk cerita ek??)..
oh ya..aini belikan flash card utk khadijah..n balik tu kami test la...

Apa jadi?? Dia kenal n bila aini sebut n tunjuk flash card tu kat dia..dia seolah2 faham n boleh repeat..( itu maknanya dia dah ada beberapa perkataan dalam kepala dia..maknanya juga..kami kena jaga tutur kata dan tingkah laku lah..sebab dia sedang menyerap sekarang)..berapa umur khadijah yer??..95hari..ya Allah, saya ingatkan dia masih kecil..(memang dia kecik lagi pun)..aini tak tahu berapa banyak dah perkataan yang dia dah ada dalam memori dia..

Khadijah bagi semangat pada mama. Kalau bukak Quran, or baca Quran depan dia, dia akan perhati jer..kalau aini bukak surah yang aini setkan untuk dia hafal (setakat ni baru empat surah), dia macam mengajuk ayat tu..Alhamdulillah..abang selama ni dia dengar jer aini cerita pasal anak dara dia..tapi semalam dia test anak dara dia, abang cakap..khadijah faham la apa yang kita cakap n buat dengan dia..

satu benda lagi yang aini perhati, khadijah cepat belajar.. Contohnya, kalau abi dia tangah pegang dia, dia akan berusaha untuk makan tangan abi, bila dah dapat, abi pun alih tangan, dan dia akan ulang balik, guna cara yang dia usaha tadi..sekali buat jer, terus ingat...betullah saranan Nabi SAW, Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad..kenapa nak tuntut ilmu dari dalam buaian lagi?..kecik lagi kan?..ada kajian mennyatakan otak kanak2 baru lahir sampai dia umur 9bulan macam span..dia akan serap 100peratus..nanti aini cari balik kajian tu kat mana n tempek kat sini...

Sahabat2, tolong doakan usaha kami ini ya..penyediaan anak2..bekal untuk Khilafah Islamiyah..untuk akhirat jugak..

Hasbunallahu wani'mal wakiil..

Ahad, 27 Mei 2012

Berpantang Sendiri Tanpa Orang Tua


Entri kali ni..aini nak share..pengalaman sendiri..berpantang lepas bersalin..sebelum tu..aini tulis ni berdasarkan pengalaman aini..yang bersalin caeser di bumi mesir..pada musim sejuk

1. Perkara pertama yang kita perlu set in mind adalah..masa kita mengandung, kita dikontrol oleh hormone  oestrogen n progestron. Hormon ni yang buat kita rasa nak berendam dalam ais jer..Panaskan..
2.Jadi bila kita dah melahirkan anak, hormone ni akan menurun..bila dah takder hormone..badan pun sejuk..ada sesetengah orang tu..sampai menggeletar..macam aini, satu sejuk sebab hormone tu turun, satu lg sebab effect ubat bius..memang rasa macam duk dalam peti..
3. Jadi macamana cara nak bagi panas..
                a. pakai baju tebal
                b.pakai minyak panas
                c. makan makanan yang memanaskan badan
                d.jangan makan benda sejuk
4. Baju tebal dan berbuka di hadapan serta minyak panas plus bengkung memang kena bawak awal2 masa g hospital lagi..jangan dilupa stoking tebal..
5. Satu lagi sbb kenapa kita kena pakai tutup semua, sebab urat kita tengah mengembang lagi masa ( effect dr mengandung n meneran )..angin mudah masuk..jadi tutup semua tau..jangan pakai dedah2..kena sanggul rambut kemas2..kadang2 kita xrasa sakit urat tu sekarang..tapi kita akan bila dah tua nnti..sesetengah org tu, kita blh nampak hasil tak berpantang dengan baik..perut menggeleber..memang la xder org tengok..tapi jg mata suami lebih penting..
6. Kalau bersalin biasa, rajin2la bertungku, pakai bengkung..kalau bersalin caeser, boleh skip la bertungku..
7.Makanan yang boleh dimakan..ni aini amik y nenek aini punya version..makan yang kering2 jer..mcm aini..
minggu pertama n kedua aini makan nasi panas, ikan bakar, kunyit ( kirim dekat saper2), lada hitam n garam..
minggu ketiga baru makan ayam kampong bakar..
masuk bulan kedua, baru try yang ada kuah sikit..goreng2 pun guna minyak zaitun
kalau mak aini punya version, dia suh makan nasik lembik ckit sebab takut sembelit..Alhamdulillah, ada jugak sembelit  sikit tapi aini makan n yogurt..
Nak bg cepat baik luka..makan oren Sunkist, ikan (sbg sumber protein )..ayam n daging..aini kurangkan sebab..ayam n daging ni protein dia lebih kepada collagen..boleh menyembabkan ada parut besar (kelloid)
Elakkan sembelit..makan prun n yogurt..air milo
Banyakkan minum..air milo sebab air milo boleh banyakkan susu..air masak pun kena minum..
air sejuk plesase elakkan kalau boleh..n minum jangan laju sangat..minum sikit2.camtu..time pantang ni la nak jaga badan bagi cantik balik…
Kenapa kena makan kunyit hidup..untuk cepat kecutkan rahim..
kenapa kena makan halia…untuk keluarkan angin
kenapa kena makan kering2 jer..untuk cepat keringkan luka..air penting juga..tapi jangan banyak..nanti jadi banjir..macam yang kita tahu la..bila banjir..banyak kudis..
kenapa tak boleh makan telur n berminyak..makanan berlemak melambatkan proses membaiki luka malahan luka menjadi  lebih teruk..
luka caeser lagi banyak kena jg..sebab banyak lapis tisu dikoyak..memang kat luar Nampak ok..kat dalam tak tahu..lagipun luka kat dalam ambik masa yang lama untuk sembuh..
8. Kena berjalan..gerak2 tubuh untuk bg darah mengalir ( pengaliran darah penting untuk penyembuhan luka )..tapi jangan ekstrem..biasa2 jer dah la..
9. Tempat luka tu kena selalu kering n bersih..jangansapu apa2 selain ubat yang dibekalkan doctor sahaja..
10. kalau perlu, rajin2 la berjumpa doctor untuk cek luka dah ok ke? Rahim dah mengecut habis ke belum?.jangkitan di servix..dan sebagainya..

Sekian wassalam

Exam

Assalamualaikum blog...
Sekarang ni tengah exam..jadi xdak masa nak hapdet blog..xperlah...xpenting pun...tapi nak hapdet jugak
Alhamdulillah...sudah berlalu satu subjek..pathology...( sgt takut..cemana la natijahnya nanti yer ??)..ada dua subjek lagi menanti..doakan kami
Cakap pasal exam n result ni..teringat pulak exam dunia y kita tgh hadapi sekarang..cemana natijah di akhirat nnti yer?..baik ke buruk ?.. Ya Allah..kurniakanlah aku(kami) kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah aku(kami) dari azab neraka..Ameen..

Exam jadi lewat sbb bg laluan kpd pilihanraya presiden mesir..ada 2sesi..sesi pertama ni Alhamdulillah..Dr.Mursi menang..dia ni calon dari parti Freedom n Justice (FJP)..sayap kiri Ikhwan Muslimin..followed by 2nd winner..Ahmad Syafiq..dia ni pro-ex presiden mesir (mubarak)..dikenali jg sebagai fulul..nanti 16-19 Jun akan ada pusingan kedua antara dua orang yang menang ni..doakan kejayaan mereka (FJP)..why kita nak sibuk2 doakan mereka?..sebab insyaAllah dengan kemenangan inilah akan jadi pembuka kepada kemenangan2 Islam seterusnya..doakan seterusnya Syria..Palestin...Negara kita Malaysia..Dunia..Allah...bersediakah kita untuk mencapai Ustaziatul Alam??? ( Entri kali ni lebih haraki kan ? )..:P

OK..jom kecikkan skop..my baitulmuslim..
Alhamdulillah Allah panjangkan umur Hibatullah pertama kami ini..menemani dan menceriakan hari..hari ni 27/5 cukuplah umurnya 3bulan...Dah pandai apa yer?..Tadi dah boleh mengiring..meniarap tunggu dulu kot..sebab dia berat..dah boleh ketawa mengekek ( kiut jer )..dah tahu fungsi tangan( boleh hilangkan boring dan garu kepala)..suka menggigit..

actually sebab aini nampak dia suka fokus kat satu2 benda since umur dia 2bulan lg..jadi..sy telah mulakan usaha mengajarkan dia huruf hijaiyyah..(huhu, my adik cakap saya gelojoh..tapi at least my husband supports me..itu lebih dari cukup)..insyaAllah esok, bermula langakah seterusnya..menghafal al-quran..MY TARGET IS..nak jadikan dia salah seorang HUFFAZ sebelum umurnya 6tahun atau sebelum masuk sekolah la..Cuma tengah duk piker cemana caranya..mungkin kena baiki mp3 quran tu dulu kot..dah lama tak guna..asyik dengar kut enset jer..doakan usaha ini yer…

abg pun sedang exam sekarang..tp dia ada gap a month…sgt jeles….boleh lepak byk2 dgn anak dara dia..sekarang memang abg y byk handle pasal housechores..basuh baju..masak..aini?..jaga anak, bagi susu anak..ya Allah..terima kasih sebab bagi peluang untuk aini kahwin dengan lelaki sebaik Ahmad Zamzami..ya Allah, tolong bagi peluang sekali lagi untuk aini hidup dengan dia di syurga..

Ada byk cerita lain lg..tapi semak la buat kt satu entri…baca entri seterusnya la..

Sabtu, 28 April 2012

the story...

Tak tahu nak buh nama apa..stori tajuk ari jumaat itu la..hahaha
Sibuk nk prepared utk exam..nk jg ank lg..berpelus2 sy..
Saje nak cerita kat sini..sbg satu memori utk sy..xyah sebut nama pun xpe kan..y penting kami sefamily terlibat la..

satu hari ( hari khamis ) dlm asar camtu..ada kwn abg kol..dia ni nak tanya la pasal hal ehwal orang nak beranak ( sbb dia kan ada wife n wife die tu dah nak beranak..dah terbukak 3cm )..actually bukan due dia lg pun..awal 2 minggu kot..ok..dah tu..malam lepas isya' tu dia kol lg..n tanya..knpe doktor suh beli bende2 ni ( ubat2 n makanan?? )..masa tu aini dah pelik..eh..nak beranak, apasal beli ubat?? ( dah pikir dah mesti dia nak induce )..pukul 10.30 dia kol lg..ckp kena operate pulak..doktor ckp ada mslh..so, abg advise la, kalau blh xyah la operate..( alasan doktor bg, klu beranak biasa anak tak selamat )..aini kat rumah ni dah gelabah giler..eh, lupa nak state, dia g check-up kt spital zahra' ( tmpat aini check-up)..dia pergi situ sbb dia tgk aini ok la..n check-up pun dgn dr. y sama..aini pun pujuk abg utk pergi tgk dia..

nasib baik masa sampai tu, dia tak masuk wad lg..jadi sempat la bual2 dulu..tanya macamana blh jadi macm tu..cerita dia macam ni..hari rabu malam sepatutnya dia g follow-up mingguan dgn dr.azah..tp bila sampai kat dr.azah, dapat no. giliran 20 ( tau2 je la bila menunggu dgn arab ni..haish..memerlukan kesabaran y tinggi ) ..jd dia pun pegi la spital zahra..tp masa tu dr.sania xder..dr tu ada ari khamis...jd dia pun pegi la petang khamis tu..
masa asar khamis tu, dia g cek ngan dr.sania tu..mula2 dia scan..pastu ckp..ni baby besar ni..pastu dia kata maybe seminggu lg keluar la...pastu seluk pulak..eh, tetiba ckp dah terbukak 3cm..ok, dia suruh g jln2 6jam..pastu kul 10 dtg blk...

bila dtg balik kul 10...dr.suh beli ubat n makanan..( according to my experience n reading, ubat tu utk induce la, sbb blum sakit kan )..nk prepared utk bersalin..jd, kna tekan2 perut utk betulkan kedudukan baby, tetiba terlari la plk..ohhh, sekarang dah x blh beranak normal..klu normal jd bahaya..dr.sania angkat tgn surrender..aku x berani..n dia kol dr lain utk operate...( how can a dr do this?/?)..

dalam bilik bedah..(ni dia y cerita)..mula2 dr cucuk ubat bius y separuh tu..ubat xhbis rasa lg..xtanya rasa ke tidak...dah toreh..time tu dia kata, blh tahan lagi, bila dr. koyakkan perut tu, menjeritla...dah tu terus kena ubat tidur ( ubat tido sgt bhye yer utk c-sect)..

I hope that kakak tak baca sy punyer blog..sbb dah lps biarkanla lps..arab xguna pun klu kita nk bertekak..
tp mmg salah dr. n spital tu byk la..start drpd dr.sania tu mula2 lg..( sy mintak maaf sbb tak sebut dkt akak )..tp kita y pilih kan nk beranak dekat spital tu...n that baby, y kata besar tu, keluar berat xsampai 3kilo pun..memang aini rasa bersalah giler sbb cerita y best psl hospital tu ( tp memang aini punya best pun..kru pembedahan, layanan stotally different from that kakak dapat)..kesian dia..dah la tu first time dia kena dgn dr. sania...

but the best of the story is, sy dpt peluang utk breastfeeding newborn baby sekali lg..sbb mk dia xsedar..n ank lpr sgt..tp sebelum tu, aini n husband dia try mcm2 cara nk suh baby tu isap susu mak dia..ltk atas dada..breast crawl...( alhamdulillah, usaha tu berjaya, sbb 1jam lps dia sedar tu, mmg ank dia cukup susu, w/pun sblm tu husband dia ckp, bini dia jnis kluarga xder susu )..Allah is great, know the best..

Ahad, 25 Mac 2012

Bersedia Mental dan Fizikal untu menjadi ibu..

Entry kali ni..aini nak kongsi pengalaman selama 1 bulan jadi mak..dalam masa y sama belajar..klu ada perubahan..kita edit step by step okeyh..
Mentally prepared :
1. Mind set..semua org akan ckp..bila dah kwin..konpem2 la nak anak kn?..tp utk student..mesti pkir byk kali..timbang mana lbh kurg..baik buruk..plan awal2 nak mcm mana?..nak anak bila..bila ada anak, apa perubahan y akan berlaku..tp kena ingat..kita hanya mmpu merancang..Allah yg berkuasa utk menentukan..jd jgn lupa..usaha+doa+tawakal..mana2 y berlaku..Allah dah bg yang terbaik..
2. Doa..Ikatan dengan Allah adalah aset paling penting..if anything happen..fikir balik..Allah bg ni sebab apa?..Anak adalah rahmat dan ujian..rasa tenang bila tengok anak..itu rahmat..rasa tension sbb kena korban masa study..itu ujian..tp disebalik semua tu..ada tarbiah y Allah selit..
3. Mintak doa dr Suami, Parents, In Law..
4. Reading..bukan nak masuk exam jer kena baca buku..nak jadi mak bapak pun kena banyak membaca..baca pengalaman orang..baca kisah teladan..baca journal pendidikan anak2..macam aini..kadang2 baca buku kuliah..sbb blh tahu ttg perkembangan kesihatan anak2..
5. Buat andaian..baca n tanya pengalaman org..pastu buat queation..klu jd mcm ni dekat kita..apa nak buat?..kalau macam tu..macam mana?..
Persediaan Fizikal..
1. Makanan berkhasiat..nak lahir bayi y sihat, comel kan?..makanlah makanan y sihat..makanan sunnah are highly recommended..kurma, delima, kismis..
2. Jgn lupa exercise..naikkan berat badan time pregnant slow2..klu naik mendadak..nnti dpt strechmark byk..susah hilang..lgpun..kan nk g kelas lg..stamina mesti dijaga
3. Don't stress2..nnti baby pun kluar jd mudah stress..(ni mybe part paling susah..but try)

Young Mom and Mom-2-be..
this is my heartly spoke..
-dgn umur y muda..jgn takut utk jadi ibu..jadi ibu dalam usia y awal..bukan bermakna kita tua..tp MATANG..
-jgn takut org kata kita tak pandai jg anak sbb kita muda..(sbb tu kena byk membaca n bertanya)..be an EDUCATED MOM
-jgn takut anak2 jd penghalang kejayaan..sbb anak2 bwk RAHMAT yang besar..


isteri2 muda..
-klu rasa xnak melahirkan lg..rancang btul2..tp jgn lupa jgk plan B(klu2 ter'ada")..kena prepare both side..
-hargailah masa honeymoon itu sebaiknya..hiaslah rumah cantik2..
-tp kena ingat..jgn terlalu ekstrem utk ckp xnak..seolah-olah menolak rezeki..

setakat itu sja utk kali ini..len kali pula ya..

Khadijah 1month

Dah sebulan rupenyer umur anak dara saya tu..dah mcm2 dah perangai dia...
1. khadijah boleh mengiring dah..since 3 weeks lg..semua org x percaya..(ak pun x)..tp dia kn budak postdate..
2. kadang2 tu..menjawab ckp..sgt comel
3. byk main dlm tidur..kdg2 senyum..kdg2 ketawa mengekek..(bila anakku nk besar ni??)
4. xblh tinggal..ni part paling berat..nk masuk tandas pun xblh..kdg2 dgn abi dia pn xnak...
5. berak masih lg cair n byk..but since everything is normal..don't worry la...(w/pun some person said aini silap mkn kot..tu anak cirit birit..tp org pantang mkn apa jer?..)- ikut pembacaan sy..bayi yg menyusu badan, normalnya akan berak setiap kali selepas menyusu @ masa menyusu..n bentuk najis dia kuning, cair+ketul2 sikit, mcm mustard @ peanut butter, )
6. Khadijah x nampak membesar kt badan..tp besar kt muka..bulat jer..dklasifikasikan sebagai banana baby..hypermetabolized baby..(o0o..sbb tu la kot..asal minum jer berak..tu y badan x besar2 tu..)
7. tidur mudah terkejut...klu mama bedung..menangis mcm kena dera..sekarang mama bg tidur meniarap..huhu
8. dah boleh angkat kepala...suka org urut2..
9. abi jeles ngan mama..sebab khadijah syg mama lebih dr abi..w/pun abi y selalu tegar berhadapan dgn khadijah bila dah busuk..mama x sanggup o0o..sori sayang...

Jumaat, 16 Mac 2012

My Girl...Khadijah

This will be the 1st post 'bout my little girl..Hibatullah Khadijah Al-'Ulya...

27 Feb 2012 (sblum msuk wad)
Sempat mesej mak lagi...

Lepas keluar dari OR
ni lah bdk techik y xnak keluar tu..
berat : 3.5kg
panjang : 56cm

Hari ke-2

with abi...tgh tunggu doktor sblum keluar wad

Hari ke-7
ditahnik oleh Syeikh Sa'ad Sa'id Jawish

dah dibotakkan oleh Abi

2weeks
anak mama y manis







will be continue.......

Rabu, 7 Mac 2012

Selamat Pulang Sahabat...

 Aini xthu nk start mcmana entri kali..sangat berat..tp ia akan menjadi memori..kita xkan mmpu mengundur kembali masa2 y lalu..perit macamana pun..kena terima...

6/3/2012...selamat pulang sahabatku...Nor Hidayah Abdul Aziz...

pagi2 lg mak kol..selalunya tnya pasal khadijah..but this day..mak bgtau berita sedih...adik dayah y belajar kt UPSI tu dah meninggal..eksiden...mk, mne ader adik di y belajar kt UPSI...

then tengahari..mierah antar mesej..dayah dah meninggal..

Allah..mcm xpercaya..rasa mcm baru jer mesej ngan dia..terngiang-ngiang lg suara dia..gelak ketawa dia..
soalan y dia selalu tanya..bila mu nak balik???aku rindu la...
aini balik msia 2 kali..xsempat lg jumpa dia...marah sungguh dia..last mesej..dia tnya lg..bila mu nak balik???
aini x balas...arini aini teringin sgat nak tulis ( yah...aku balik akhir thun ni..blik bawak anak..hjt nk jupo nga mu..) but I can't...

Dia seorang sahabat y baik..banyak masalah pun..boleh senyum lagi...kami pernah nangis sama2..tandas sekolah jd saksi..dia satu2nya kawan y sy boleh bwk sy lepak ( mak ngan abah sgt strict..sy x blh kluar rumah..tp klu kluar ngan dayah..semua on )..satu2nya kwn perempuan y sy bonceng motornya..y sy lepak rumah dia...

Bila nk dtg mesir..dia nangis..ayt dia y aini msih ingat..klu mu g..xdok doh la saem baik aku..( yah..loni aku y hilang mu )...

YM jd penghubung antara kami..tp sejak kahwin..aini mkin kurang bersosial..2 me..fmily first...semalam n arini..aini bkk YM..hati jd sayu...sebab dia masih online..tp..klu aini mesej pun..xmungkin dia akan balas...

Sabtu, 3 Mac 2012

I'm A Mom

Alhamdulillah..tsummalhamdulillah..Syukur y xterhingga...Allah bg saya nikmat merasa jadi seorang ibu...nikmat paling besar bg seorang y bergelar wanita setelah memegang title isteri..

Alhamdulillah..tengahari 27 Feb 2012 aini telah selamat melahirkan seorang puteri..nama kita postpone dulu yer sampai ari ke-7..sgt comel...sy kan jenis y addicted dengan bdk kecik..bila dia dah ada kt tepi..it was a wonderful moment...sgt amazing..xtahu nak ckp or describe mcmana...

Ramai org tnya..mcamana prosesnya..

Sangat susah untuk diterangkan...but I'll explain it smoothly...

Actually the due date is 12/2/2012 (as wrote by the gynae-dr azah)..aini pun xtahu la dia kira macamana..tp kita tahu kan due date dikira berdasarkan LMP ( last menstrual period)..iaitu from 15-23/5/2011..tp compared to my case, period sy x stabil..dr azah cakap mybe masa sy pregnant tu, there's a bleeding..jd due dia awal seminggu..

Macamana sy boleh tahu sy pregnant?..sebenarnya kami (aini n abg ) merancang utk xnak ada anak masa belajar..tp perancangan Allah itu lebih baik..jadi every month..sy akan catat suhu badan, buat jadual..tp bila dah start kuliah..semua berterabur..hahaha..tp bila kita buat macam tu..perubahan kat badan sikit je kita dah boleh perasan kan?..contohnya suhu tinggi sikit, sakit2..x selesa..bila buat check-up..masa bulan 5..x pregnant lagi..abg sgt frust..( sy xthu abg sebenarnya nak anak )..next month, sy lebih berhati2..beli pregnancy test kit dulu..n buat sendiri without telling abg..ari first negative..tp kat kotak tu tulis kalau negative kena repeat after 2 days..sy kan betul..so sy repeat la after 2 days..n its positive ( samar2 la )..jd kitorang buat blood test sekali lagi..( ni hadiah birthday abg y ke-22)..lepas tu buat appointment ngan doktor..dia scan bunyi jantung..dah 5 minggu..( i can see abg's glowing face )..

Lepas 2 kali check-up dgn doktor kt Hospital Taisir..kami pindah ke klinik Dr.Azah..kalau kat Mesir ni..dr.azah is the best gynae..n dia memang familiar dengan org bukan warganegara..terutamanya Malaysian..
doktor ni memang baik..everything went smooth till weeks 35..bila kepala adik engage..dah dekat cervix dah..mybe bg doktor tu awal kot..so..dia seluk..aini seorang y mudah trauma..sy boikot doktor tu..kami pun buat check-up dekat spital lain..tp scan je la..nk tengok adik mcmana..air ketuban ok ke?..sampai minggu 38..abg cakap..kita kena jumpa jugak doktor azah ni...sekali pergi..dahh la x scan..seluk pulak..tnya doktor..memang kena seluk ke?..memang prosedur dia kena seluk..tiap kali datang kena seluk..siap ada appointment tiap bulan lagi..aini terus blacklist doktor tu..sakit o0o0..sampai nangis2 bila balik rumah...dia seluk tu for 2 reason..satu untuk tengok jalan n satu lagi untuk buka jalan bagi mudah lahir..jadi minggu2 seterusnya..kami merantau la mencari hospital..tiap 2hari p scan tengok adik..

bila dah lepas due..ada jer doctor y nak seluk..tp kami xbg..lastly..bila dah lepas 2 weeks..adik xnak keluar jugak..sakit pun xder..memang xder rasa nak beranak lansung..kami jumpa doktor kat hospital zahra'..doktor tu cakap..baby fully matured..berat dah 3.6kg..u can wait for 10days if u want..after that, u'll need a c-sect..either with me..or u can discuss with dr.azah..(masa tu kami xbgitau y kami dah overdue)..bila balik rumah..discuss dengan abg..apa nak buat?..teori beranak kat sini..kalau x sakit..dia akan induce..kalau jalan(cervix) x terbuka jugak in 15minutes..dia akan operate..noted cervix yer..bukan vagina..kalau vagina x buka..doktor akan buat episiotomi jer..

sy baca buku..sy rujuk semua benda..make comparison..either wait, induce or terus pada c-sect...bincang2 dengan abg..ok..y lebih selamat untuk adik adalah c-sect..parents always think child first..kan?..

abg nampak sgt risau..but aini buat cool..and cakap..relax la..org beranak biasa pun mati..lagipun c-sect x sakit..ramai doktor kuliah aini buat...

bila dah confirm tarikh dengan doktor, apa y tinggal untuk kami hanya doa dan tawakal jer la..

27/2..pagi abg ada meeting..aini dh start puasa sejak pukul 12malam lagi..org pregnant puasa..memang sgt mencabar..abg pun teman puasa sama..dah la bangun seluruh tubuh jadi edema..macam bola..abg xnak pegi meeting..tp aini umpan..klu xg meeting..jatuhlah kredibiliti seorang ketua ulamak..hahaha..jd dia masuk la sejam..kul 10am balik rumah..sempat lagi kemas bilik adik...kul 11 kami keluar rumah..hajatnya nk g amik gambar dulu..tp abg ckp muka aini sembap sangat..x comel..jadi pkai kamera biasa jer la..

kul 11.30 kami sampai kat hospital..11.40 check-in kat bilik..sempat lagi call mak (nenek)..11.45 doktor masuk tengok..suruh tukar baju n turun g bilik bedah...dia suruh buang air..dia masukkan ubat..pasang alat pengesan jantung..masukkan ubat bius (spinal)..then tidur..masukkan tiub kencing..then..sy rasa dia godek2 perut saya selama 2 3 minit..lepas tu..doktor bius tu cakap..it's a female..do u want to see?..aini x tengok..sebab rasa macam jantung nak luruh..tp doktor tu amik adik letak atas dada..Ya Allah..comelnya..tp saya rasa sgt lemah..

lepas tu diorang tolak aini masuk wad..rasa seram sejuk je..ramai sanagt orang n xboleh nak kenal sapa y datang masa tu..tp lepas sejam..lepas ubat bius tu habis..dah ok la sikit..dah boleh menyusu adik..dah boleh layan org cakap sikit2...

ada y cakap..aini x nampak macam org baru lepas operate..nampak bertenaga jer..sebenarnya..sebab kita dah set dalam kepala..sy nak c-sect..n sy xnak susahkan sapa2..so kena kuat..misi tu pun suruh bangun jalan2..masa kat dalam wad..aini bangun jalan2..pusing2 katil..sakit..tp tahan..pukul 2 3 pagi bangun jalan2..latih kaki biar kuat..balik rumah naik tangga sendiri sambil dukung adik..rumah kami tingkat 4..balik naik teksi ja..sakit..lemah..semua kita rasa..tp bila tengok muka adik y cute..mama jdi bersemangat..

setakat tu je my story..pray for us...

Isnin, 2 Januari 2012

Satu Sejarah Yang Perlu Ingat ( 1/1/2012 )

UPSI BERDARAH! TEMUBUAL BERSAMA BENZ ALI.SAKSI MATA DAN PENYAIR.

by TheYellowBoutique on Sunday, January 1, 2012 at 5:50am
TYB : gua kasi masuk TYB.wat start dr kol 12

Benz Ali : ok.lu nk skrg ke

TYB : kasi santai nyer pon dah ok
Benz Ali: ok.baik.mlm td.sebenarnya bermula agak lewat jam 12 ke atas.kerana polis telah sekat semua pintu laluan.gua ingat x jd lah

TYB : agak2 kol bape?

Benz Ali:sebelum pukul 1

TYB:so bermula mcm mana?lu kat mana time ni
Benz Ali:ok.masa tu.gua dengan Pak Kassim, member Dinsmandan Ali Bukhari Amir (wartawan Harakah)depan UPSI

TYB : Pintu Utama?
Benz Ali : ya.tak jauh dr situlah.sebab sb sb sangat banyak.maka gua kol la Syukri, tanya jd ke tak malam ni.Syukri SMM tu, member kampus gua.dia ckp jd.skrg, dia kata dia di Pintu Timur.maka gua cakap kat Pak Kassim untuk bawa kami ke sana la.sampai sana,polis trafik tahan dan minta ic drebar dan tanya tujuan kami dtg ke sini.Pak Kassim katalah,kami dtg nk bc puisiseroang lg.polis dtg (bukan trafik)dia minta kami blahlah.takpelah,masa kami nk blah tu kami nampaklah mahasiswa2 yang ditahan polis tak jauh dr Pintu Timur.kami bajet, kami nk bc puisi dekat tempat kami tunggu mula2 td sebab dekat tempat td tu, ada budak2 cina mai situ.nak sampai je kat sana, terjumpa tiga muslimat.blablablabla

TYB : bro masukan masa sekali.hehe..
Benz Ali : pukul 1 lebih

TYB : 1.30?
Benz Ali : ya.gua x tengok jam sangat la bro.gua sampai kl td pun jam 4

TYB ;hehe..awek ramai..mmg lu tk tgk jam la.ok2..sambung
Benz Ali :kemudian gua kol shukri.kkk.haha. Lu celake

Benz Ali : Ok.pukul 1 lebih tu.gua dan Pak Kassim termasuk Ali.gua.sampai kat pintu utama UPSI.budak2 demonstran dh banyak termasuk muslimat2.gua mencelah di situlah.tak berapa lama lepas tu.kitorang semua berbaring atas jalan.polis2 pun mula la menyalak,kitorang x pedulikan.lepas slogan2 dah dimainkan diorang minta kitorang bc sajak.gua bc lah sajak tu,ali bc sepam.polis dtg dn kemudiannya semua org berdiri.gua jaga adam dr belakang.polis suruh kitorang blah dgn healer, polis2 makin ramai.dalam upsi pun dah ada polis.kitorang kat luar pagar,seorang dr demonstran panjat pagar.masa tu berlaku rentap merentap,gua dakap adamlah.polis nak leader2 ni tau tak.memang agak dahsyatla rentap2 tu.shukur tak ada apa2 kat gua.kemudian,gua tak pasti pula mcm mana Safwan Anang tu boleh berdarah.ada klinik depan tu pecah,mungkin Safwan Anang di situ masa tu dihempuk polis binatang tu.masa dah berdarah tu

TYB : polis rentap leader je?student lain?
Benz Ali : dan ada seorang pengsan ke atau dilanyak (gua x nampak darah kat budak seorang ni. Seorang lg yang berdarah di kepala dan mata, gua rasa tu Safwan kowt)polis rentap semua kami supaya bg leader2 tu ditangkap.mcm gua, polis tolak ke tepi, tak pula dia masukkan dlm black maria depan tu.shukur juga la, ic gua hilang bai.kalau masuk dlm, jd cerita lain pula.

balik pd td tu.masa budak dah ada yang berdarah dan pengsan tu.Saifullah Zulkifli,member PKPIM nak hantar ke hospital.sebaik sahaja dia buka pintu kereta, semua orang kerumun la.masa tu juga, kunci myvi dia hilang.celake bai.time2 tu polis sial ni boleh buat dajal.diorang dah rampas kunci myvi tu dan bawa lari
myvi tu dkat tengah jalan la.seorang lg keluar dengan keretanya,tak silap gua, kereta tu wartawan Antara Pos punya, perempuan.dia pinjamkan kereta dia lah.tak apelah,lepas tu budak2 yang cedera tu dibawa ke hospital.leader2 semua kena angkut so apa lg choice yang ada?tak ada pilihan bhai selain bersurai.gua cuma penyair.bukan leader

TYB : sadis bai cerita ni
Benz Ali: ya.tlg lah cari gambar pasal ni.sakit hati gua ni.bab dia belasah budak2 tu.dan suruh kitorang blah?memang gua bengangla

TYB : teruskan cerita sampai lu blah..
Benz Ali : walaupun gua x kenal pun budak2 kat situ melainkan Syukri dan beberapa org lain.hm,ini kesimpulan la kowt.gua fikir kitorang belum cukup strategik
sepatutnya SMM fikir.kalau satu leader kena angkut ada lagi leader yang tinggal.maknanya semua itu leader.supayamlm td.lepas habis semua leader kena angkut dlm black maria.kita jgn balik dulu.kumpul di mana2 dan bincang dan rancang apa nk buat lg.itu leader yang tinggallah

TYB : Mmg la..maybe kurang berpengalaman.Maybe kurang human resource.Anggaran bape org smlm?
Benz Ali: ya,sekitar dua ratus org.apa pun, lebih seratus.boleh tahanlah bro.upsi bukan kawasan kitalembah klang, polis2 tahulah.kalau dia main kat lembah klang dia silap banyaklah.

TYB: ok..wa nak publish ni.Pakai nama lu ke apa ni?
Benz Ali : Dan gua fikir ya.pakaila nama gua

TYB : ok
Benz Ali:gua sanggup naik mahkmah jd saksi mata.celake polis.gua x redho anak gua nanti jd polis


Percayalah!! perhatikan betul-betul jahitan di dahi saudara kita Amar Rasyidi. Parut dan jahitan itu akan menjadi saksi pendirian kita dan kezaliman pihak yang bertanggungjawab. Moga Amar akan terus kuat dan tabah. Kita doakan untuk kesejahteraan beliau. Ayuh Mahasiswa!!

--KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA--



Safwan Anang Sasaran Utama Pihak Polis

undefined
Tanjong Malim, 1 Jan : Muhammad Safwan Anang@Talib, pemimpin gerakan mahasiswa dari Universiti Malaya dikatakan menjadi sasaran utama pihak polis dan ‘Special Branch’ yang bertindak memukul dan mencederakannya awal pagi tadi di perkarangan pintu masuk UPSI.
Menurut sumber, selain dipukul hingga cedera di beberapa bahagian anggota badan, cermin kereta miliknya turut cuba dipecahkan pihak tertentu ketika Safwan dan rakan-rakannya cuba melarikan diri daripada terus dibelasah.
Safwan, 22, yang juga Presiden PMIUM 2011/2012 ketika ini dilaporkan masih dirawat di Hospital Slim River dan sedang dipantau rapi pihak hospital.
Diberitakan beberapa rakan aktivis mahasiswa turut berada menanti sebarang berita di hospital berkenaan.
Mahasiswa, rakyat bakal berhimpun di Balai Polis Tanjong Malim
Terbaru, satu maklumat menyatakan kumpulan mahasiswa dan orang ramai akan berhimpun di perkarangan Balai Polis Tanjong Malim hari ini bagi menuntut pembebasan 17 siswa yang ditahan awal pagi tadi.
Antara yang ditahan termasuklah Pengerusi SMM, Syukri Razab, Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq dan Adam Adli, siswa UPSI, bekas Pengerusi SMM, Shazni Munir, Hilman Idham (bekas Presiden KAMI), Timbalan Presiden KAMI, Khalid Ismath serta mahasiswa sekitar Lembah Klang.
Situasi yang berlaku awal pagi tadi dikatakan sedikit sebanyak berjaya membuka mata rakyat Malaysia tentang kezaliman yang dilakukan pihak tertentu dalam mematikan gerakan mahasiswa.
Rata-rata rakyat bersimpati dan kecewa dengan apa yang telah menimpa kumpulan mahasiswa yang bersolidariti di UPSI pada malam tahun baru.
Mereka juga memberi reaksi positif dan tegar menyatakan sokongan padu terhadap apa yang diperjuangkan mahasiswa.
Muhammad Safwan, selain memegang jawatan Presiden PMIUM juga merupakan Timbalan Presiden GAMIS dan Pengerusi BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) adalah antara ‘figure’ utama gerakan mahasiswa di peringkat nasional.
Beliau juga sebelum ini pernah mengalami kemalangan teruk ketika Tingkatan Lima dan bahagian pipi sebelah kirinya dimasukkan besi sebagai sokongan ketika kemalangan itu. – GZDaily


JANGAN PERNAH KITA LUPA SEJARAH INI....