The one in the red circle
Entri ni akan berkisar tentang cerita penipuan yang dilakukan oleh lelaki berwajah "malaikat" di atas. Sebelum itu, saya Nur Aini Afifah membuat pengakuan bahwa saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas penulisan ini dan bersedia didakwa jika apa yang saya sampaikan di dalam maklumat seterusnya adalah tidak benar.
1st..aini akan cerita berapa banyak kami ditipu..hutang sahaja LE60,000..kontrak beli kurma RM 200,000..terkejut tengok $$$$ kan?
Tu la yang buat aini meroyan satu Mesir ni..
Kisah dia bermula 23 April 2012..eh, sebelum tu, 28 Feb 2012, ni first time kami ( keluarga kami n keluarga dia ) jumpa..kami jumpa kat hospital..aini baru bersalin kat si Khadijah ni, dia pulak bawak anak dia pi check-up..so, dia offer la nak hantar kami balik rumah..tapi kami tolak sebab dah ada teksi dah pun..
About a month after, kami terserempak sekali lagi dengan dia ni..masa tu dia sorang, so, abang pun ambik nombor fon dia ( ye la kan, sebab abang kan seorang yang berkebajikan, si bangsat tu pulak cakap tak kenal sape2 kat mesir ni )..
0n April 23rd..cerita bermula..bila abang kol aini, cakap jantan ni mintak pinjam kad kredit la kejap nak transfer duit..dia kena rompak USD 6000..takder duit lansung..sebagai isteri yang baik..aini sokong jer la..malam tu abang pergi jumpa dia, tanya sikit2 apa jadi ( dia cakap dia kena rompak dengan arab, duit, henset, galaxytab semua kena rompak..dalam dia duk bengong2..tetiba kawan arab dia cakap nak tolong..tapi nak pinjam kereta sebab nak ambik duit kat 6th oktober..last2..dengan kereta2 lesap)..jadi sekarang masalah bertambah sebab kereta tu hilang..kereta tu sewa dengan arab..jadi arab suh ganti la kereta tu..berapa puluh ribu ntah..dia cakap dia dah bayar le40000..jadi nak bayar lagi separuh lagi la..nak pinjam duit kami dulu..jadi abg bg le8,000..kawan abg bg le12000..
Sebelum tu, kami dah tanya , dia buat report kat embassy ke x kan?..dia cakap dah..tapi pegawai buat xlayan jer..(dia macam tau jer titik kelemahan kami kat mana) cerita ni sebenarnya dia cuba nak kelentong konsulat embassy iaitu En.latiff tapi En.Latiff cepat sedar n tak jadi la dia nak tipu.
Esoknya dia cakap, duit dah di transfer kan ke akaun kami suami isteri ni..satu akaun usd10000..total dia USD 20,000 la kan..(memang ada mesej dr bank tu tarikh 25 april )..dia tulis paling lewat kami akan terima sebelum 30 April 2012..
Dalam masa ni, dia ajak kami pergi embassy buat kad bank yang baru sambil2 buat sijil kelahiran si khadijah ni..(aini dah cakap suruh buat surat untuk mohon kad CIB punya..dia pergi buat HSBC..tak dapat la..dia kata arab embassy (wasif) tu cakap macam tu..tak tau la kot2 dia dah rasuah arab tu kan..sebab yang aini tahu..bendahari jer boleh buat surat tu..pastu sampai sekarang tak buat2) tapi macam tak lojik la dia rasuah si wasif tu, sebab wasif tu kan polis mesir
Lebih kurang 1 @ 2 @ 3 Mei, dia sekali lagi mintak duit..sebab arab keta tu cakap tak cukup, mula2 tu, abang nak bagi..aini cakap tak payah..cukup la Le8000..tapi kawan abang bagi LE10,000..sanggup pergi ambik kat mansuro..(memang la yang ni bukan jadi tanggungjawab kami..tapi sebab kami la kawan abang kenal jantan tu kan..jadi kami bertanggungjawabla)..
Ohye..duit yang di transfer tu..puas kami tunggu..tak masuk2..call hsbc, hsbc suruh tanya standard chartered..call standard chartered, dia kata hsbc problem kut..fenim fenim..kol nak cek akaun pun tak boleh..
Okey settle duit transfer..kawan abg tu dah fly pegi UK..8/5 kami dapat tahu YDP KPKM nak datang Mesir..jadi kami suruh dia kirim duit melalui YDP KPKM tu..10/5..YDP KPKM kata dia tunggu2 kat airport, takder orang kol pun nak hantar duit..sampai sudah duit tu tak terhantar..11/5..YDP KPKM tu sampai Mesir TANPA duit USD 10,000 kat tangan..( Ustak haprak tu cakap, orang yang nak tolong hantar duit tu..eksiden..pastu koma..) ok. Fine…orang tu adalah pegawai bank..yang katanya jaga harta dia la..nama En.Arifin
Pastu, kan duit kete tak habis bayar lagi..ada lagi dalam 10ribu kan?..Arab tu paksa juga dia bayar..sampai dia kena pukul dengan arab la..patah kaki tu..abang cakap..takkan dia tipu patah kaki..sebab memang nampak dia jalan hencut2 kan..bengong la kalau kami tak tolong..orang kena pukul sampai nak mati..ada anak bini lagi..( bapak dia pergi mana time tu??..bapak dia duk Belgium..tak boleh nak kol)..jadi kami pun pinjam duit dengan ust jamal Le15,000 masa ni kami dah tak percaya kat dia dah..jadi kami mintak salinan passport..
Dalam masa tengah buat urusan ni jugakla..dia cerita keluarga dia kaya..projek bapak dia berjuta2..dia pun dalam bank ada mas 15ketul..pastu berkebetulan masa abang duk buat urusan dia ni..arab2 yang meniaga dengan abg kol..jadi dia tahu la abang meniaga besar kan..tetiba datang la pulak cerita..bapa sedara dia amu fuad nak beli kurma dari mesir..harga RM200,000..bapa sedara dia pun bank in la duit tu dalam akaun CIB aini..(sebab dia nak akaun mesir punya kan)..kami pun kol orang kurma..tempah nak buat kurma…bini dia pulak ada projek jubah..(nasib baik yang ni tak sempat tempah)..duit kurma tu xmasuk lg nih..pastu, dia cakap dia nak melabur dengan arab (kawan abg )..sebanyak le38,000..( ni, sebab duit dia lambat masuk, abg pun dah kering, aini dahulukan duit JPA aini..sebab malu dengan arab kan..dah tangguh sebulan dah..lagipun susah nak jumpa arab baik)..ohye..dia juga tawarkan kami tiket flight..bisnes kelas lagi..ada salinan ni..tapi yang tak konpem punya la..katanya esok baru confirm..esok (25jun) kita tengoklah..ada ke tidok..(semua ni takde..duit @ tiket semua tipu je)
17 mei..arini kami memang dah betul2 takder duit..dah kering..sampai nak belanja pun korek duit tabung..kongsi pulak dengan dia..yer la..dia cakap anak dia sakit..susu kat rumah habis..daging ada seketul jer..(seb baik la rumah kami ni ada tabung kecemasan..ada la dalam 140++ )
Pastu, bermula la episode sedih, anak dia sakit lelah..sampai kena inject kut..jadi duit yang kami bg tu..tak sempat la nak beli makanan..buat beli ubat anak dia..sedih tak??sy sebgai seorang medical student merangkap seorang mak..sangatla tak sampai ati bila dengar macam tu kan..:(..rupanya dia tipu aku..tak guna..
Eh.Eh..sebelum tu..ada lagi..dia suruh kawan dia transfer duit (kawan dia nama Nasiruddin bin tahir..macam nama bapak dia kan) transfer duit..sebanyak RM30,000..entah macam mana kawan dia buat..mesin ATM tu rosak..so duit tu stuck la..pastu kawan dia pun transfer la duit kecemasan RM1,500..alhamdulillah..sampai la..pastu kawan dia pun cakap..dia transfer balik duit 30,000 tu tapi USD la..bukan RM dah..melalui Western Union..sebab banyak kan..pastu mintak tolong bapa saudara dia ami fuad hantar duit sikit..bapa saudara dia pun transfer la USD20,000..kut Western Union jugak..oh..ada satu lagi transfer yang dia sediri buat dari akaun dia ( dia panggil e-transfer)..sebanyak RM15,000..(yang ni kami ada resit)..tp semua ni duit tak dapat..
19 Mei..Duit kete tak habis bayar lagi kan..arab kete tu cakap dia nak paling kurang 7,000 lagi..pastu boleh la kurang sikit jadi 5,000..arab tu sekali lagi pukul dia..n ambik henset dia (take note, henset ni penting sebab ada nombor bapa saudara dia yang nak datang mesir and tracking number Western Union untuk ambik duit)
Esoknya, kami berusaha untuk pujuk arab tu..paling penting nak amik henset tu la..arab tu kata..LE3,000 kalau nak amik henset…kami hampir nak gadai motor n cincin kawin..sebab nak pinjam dengan orang dah malu kan..banyak sangat pinjam..Alhamdulillah..masa duk tengah cari duit..aini cek akaun CIB..duit JPA baru masuk..jadi mula2 dikeluarkan LE3,000 untuk bayar hutang dia..untuk dapatkan henset tu..abang tak pergi jumpa arab tu..sebab dah lewat sangat..sebelum subuh 21hb mei..
Hari yang sama..bapa dia yang tadi duk bercuti kat Belgium..dah sampai Malaysia dah kan..bapa saudara dia ami fuad pulak datang mesir..datang mesir bawak duit USD50,000 yang bapa dia kirim dan resit2 yang dia buat transfer..bapa saudara dia akan sampai pada 21hb Mei..( sebab kan henset tu diambil oleh arab, pak sedara dia tak boleh nak kol dia..jadi bapa saudara diaa pergi ke dubai dulu..duit western union kawan dia pun hamper ditarik balik)..jadi dah dapat telepon, pak sedara cakap akan sampai pukul 8malam 22hb..abang pergi tunggu kat airport..tapi tetiba..dia cakap dia delay pulak pukul 1..pukul 1 tu..abang kol dia ajak pergi ambik bapa saudara dia..dia cakap tak boleh keluar pulak sebab bini dia sakit..anak pun tak sihat..asyik nak berdukung je..takpelah..kita settle esok..
Pagi 23hb..sebelum ni dia cakap bapa saudara dia akan menginap di Holiday Inn kat City Star tu kan..pastu..bila bapa saudara dia sampai sini..dia cakap akan menginap di JW Marriot pulak..abang pergi cari la dengan dia..ada dua kan..yang dekat Mator n yang dekat tahrir..jauh tu..pastu tak jumpa jugak..nama pun takde..tapi pak sedara hantar duit USD 500 melalui driver hotel..
Masa ni jugak U.jamal mintak duit..sebab janji nak pinjam seari dua je kan..pastu dah seminggu ni..jadi bayar la guna duit JPA aini dulu..pastu macam aini cerita dalam kotak tadi..duit JPA tu jugak bagi kat arab untuk melabur ..
Ustak tu cakap..bapa sedara dia sampai 2 3 ari je kan..jadi ari jumaat tu..kami ugut dia..nak tunggu pak sedara dia di depan hotel JW Marriot..(ish..tetiba dia cakap, pak sedara dia dah kol janji nak jumpa kat tempat tertentu esok 26hb)..takpela..tunggu kan..sampai petang..tak kol jugak..malam tu..aini ugut nak tunggu depan rumah dia..dia pun ajak la jumpa..(tau pun kau takut ye)..dia cakap bapa saudara dia pindah pergi hotel Conrad..dia cari-cari tak jumpa hotel Conrad tu..okeh..takpe..mari aku jar kau mana nak cari hotel Conrad..kami pun pergi la cari..pakai map google tak sampai sejam dah duduk di depan hotel Conrad..nama bapa saudara masih lagi takde..masa ni dia dah takut nak jumpa aini w/pun aini tak pernah sebut apa-apa lagi..korang bayangkan..bukan suami aini pergi dengan dia jerk at hotel tu..aini dengan anak kecik pun pergi..pukul 3pg baru balik..( oh lupe nak bagitau..bapa saudara dia kol pakai nombor +8001234567..kalau korang cari dalam internet..dia tulis private number..nak buat jenayah pakai number ni la..)..Pastu kami bagi cadangan la..kalau bapa saudara dia kol..cakap la..nak duit sangat2..lima ratus je..pastu ambik no plat driver hotel..bagi kat polis..takpun bawak jer polis..suruh ikut kete tu..maner tau kut-kut bapa saudara dia kena culik ke apa kan..tetiba..lepas je aini bagi saranan macam tu..terus bapa saudara dia mati kena bunuh kut..tak kol dah…Kami pun bagi masa seminggu lagi la..nak jawab dengan orang kurma lagi..(kalau ikut ati memang nak declare dia ni penipu dah)..
7/6..si Daniel ni cakap bapa dia dah buat urusan dengan bank..bank cakap duit tu tak masuk sebab akaun dia arab yang curi tu guna..sebab tu semua yang transfer tu tak masuk..arab tu guna total USD 45,000..sedangkan yang dia nak buat transfer USD25,000 +- jer..(yang buat aini lagi konfiusnyer..lepas en.Arifin ni koma..dia kol pegawai bank standard chartered..nama syeren..syeren cakap dia boleh keluarkan duit sebanyak RM800,000..syeren tak cakap pun kena block)..
Abaikan la..pasal duit tu..sekarang bapa dia dah transfer duit..melalui CitiBank USD20,000 dan melaui Moneygram USD10,000x3..berapa jumlahnya tu??..tak boleh keluarkan juga..(yang alas an dekat moneygram paling lawak..kenapa tak boleh keluarkan duit?..sebab bertindan 3 keping cek sepuluh ribu..banyak sangat..)
8/6..kami ni dah hilang sabar ni…kami pun suruh bapa dia kirim kut orang..taknh pakai dah transfer ke pos kea pa ke (bos abg datang mesir sambil buat umrah sampai 11hb)..tetiba pada hari yang dijanjikan..dia cakap bapa dia dah hantar kut UPS ekspress pulak..inilah titik permulaan rahsia dia terbongkar..
Bapa dia janji nak bagi duit sebelum jumaat(malaysia) kan..kami mintak no tel bapak dia..dia cakap nak bagi sebelum jumaat la..(w/pun dengan kami dah ada nombor bapa dia yang kami ambik melalui internet..tapi adab kita kan..)..kami tunggu dia tak bagi..jadi bila tetiba pagi jumaat tu bila kami kol Tanya maner duit nak kirim..orang Malaysia Tanya..dia cakap bapa dia dah hantar kut lain doh..bengang giler..jadi kami pun buat bengang la..suruh jugak orang Malaysia kol Tanya..pak dia cakap..takde hantar apa-apa pun..tanya si Daniel ni pulak..dia cakap..bapa dia memang akan cakap tak tahu..sebab cakap dengan orang tak kenal kan..UPS tu sampai ahad ni..jumlahnya RM 200,000
11hb..kami ajak datang rumah..tnya dia baik2..maner UPS express tu..dia cakap dah sampai satu..(aku ingat bapak dia hantar dua cek..rupa dia nak cakap yang orang pos dah sampai satu surat..isinya kad bank)..ok la..dia pun cakap..esok dia akan cuba aktifkan kad bank dia..part ni lagi lawak..nak aktif kad bank..ambik masa 3jam..pastu semua mesin Atm yang dia pergi semua rosak…lucu giler..abg tak ikut sebab aini dah tak bagi ikut..rugi masa jer..start sini la..aini hantar mesej kaw kaw dekat dia..sampai dia takut nak jumpa..
13hb..sebab abang ajak jumpa dengan arab kan n kami ugut nak cop dia penipu kan..dia pun cakapla..dekat tangan dia ada Le10,000..kejap lagi dia sampai..abang dengan arab tu tunggu dari pukul 4petang sampai 10malam..dia kol lansung..bengong tak?
15/5…dia bagi duit le2,000 tapi duit ni bg kat arab (arab yang janji nak melabur tu)..
19 Jun..aini ni jenis mudah panas..tambah2 bila masuk bab keluarga ni..bayangkan, kami sampai takde apa2..satu sen pun takder orang..org boleh tipu..aini print gambar dia..pergi tunggu dekat kereta dia..malam tu memang dia kena basuh teruk la..(tapi kan kalau dah penipu nak buat macamana kan)..
21 Jun..Dia kata nak bawak duit datang rumah pukul 2 kan..ok..kami tunggu..pukul 4 xsampai lg..macam-macam la alas an dia..nak jumpa arab la..pukul 5.30ptg..dia kol abang..aini angkat..aini tengking dia..sampai kul 10 tak datang jugak..pastu berani pulak dia mesej..kata ada masalah la..suruh kol ayah dia la..
pagi esoknya..lepas subuh..kami pergi tunggu depan rumah dia..tau apa jadi??dia dah pindah..nak naik..pintu grill tutup..jadi kami pun tunggu sampai ada arab buka pintu..curi2 masuk..naik ke tingkat rumah dia..ketuk pintu..dia taknak buka..lama gila tunggu..dari pukul 4pg..sampai 830..memang dia taknak buka..meseg tak balas..hantar meseg kat bapak dia..(kalau pakcik ada hati..tolong fikir)..memang bapak dia tak balas..takde hati la tu kan?..orang malaysia pun tolong kol bapa dia..tapi bapa dia tetap suruh bincang dengan anak dia..aini dari lepas subuh..memula tinggal anak kecil kat jiran bawah..pastu pukul 630 balik mandikan, bagi susu anak, bawak pergi tunggu depan rumah si daniel tu..jalan kaki sebab abang kena tunggu depan rumah dia..dahlah 23hb abang ada exam..
23 Jun..Kami bagi masa kat dia dari zohor sampai asar..kalau passport dia arab pegang…bawak la passport bini dia..dia cakap..bini dia tak bagi..bini gaduh dengan dia..bini dia mintak cerai..bini dia lari…huhu..amik point aku tu..kalau takder jugak..kami report..
24 Jun..A.Mae (saudara aini @ bos2 abang ) n a.lan(abang ipar aini) pergi rumah dia nak jumpa bapak dia..bapak dia taknak jumpa..semalam kami dah bagi sekali lagi peluang kat dia untuk datang rumah..tanpa bawak apa2..dia taknak datang..meseg taknak balas..jadi setakat ni..report polis dah dibuat di mesir..oh ya..satu lagi..dia mesej ( Salaam ustaz, ana tahu ana bersalah dlm perkara ini. Izinkalah untuk ana perbetulkn dan tenangkan keadaan, ana skrg tgh betul hancur)
Sebenarnya panjang lg..tapi malas la nak tengok mesej dia..sama je ayatnyer..tak tahan tu samapi bersumpah..Wallahi..Eh, aini tak sebut pu pasal exam kan..macamana korang baca ni sampai lupa exam..macamtu la keadaan kami dengan exam ni..sampai abang hampir tertinggal kertas..sebab lupa nak follow up jadual..first time merasa hidup merempat..rumah bergelap seminggu (xder duit nak beli lampu) sebab tolong orang..sampai lupa..eh..aku ada anak kecik..umur 4bulan baru..2bulan khadijah besar dalam masalah..
25 Jun..fesbuk ni sangat laju..nampkanya si daniel ni dah tahu gambar dia tersebar di fesbuk(cakap xder fesbuk)..semalam abang n the geng pergi tunggu kat kawasan rumah dia sampai subuh..memang gelap n takder orang..tetiba pagi ni dia hantar meseg..lebih kurang cakap macm ni la ayat dia ..saya malu sebab gambar dan cerita tersebar di fesbuk, semoga Allah lindungi keluarga saya..
setakat cerita ni tersebar..kami dapat tahu ada lg 4 kes yang melibatkan lelaki ni..3 d mesir..1 d indon...
Bagi sesiapa yang malas nak baca cerita dia..aini bg kesimpulan la..cerita ni berlaku start 23hb April..
Si Daniel ni berhutang dengan kami sebanyak Le60,000
Si Daniel ni ikat kontrak nak beli kurma dengan harga RM200,000 (kurma ni pun kena bayar sebab dah tempah..siap packing dah )
Si Daniel ni janji nak transfer @ dah transfer duit berjumlah (USD 10,000x2x1x3 + USD 20,000 + USD 30,000 + USD 50,000 + RM 200,000x2 + RM 15,000 + LE10,000 + LE2,000x2 )...tapi yang kami dapat baru ( RM1,500 + USD 500 + Le 2000+ RM3,000)
Di Mesir, memang kami canang cerita ni bagi dia malu..
Setakat ni, ayah dia dah buat pengakuan akan bayar semua tu..kami ada bukti
Sekian terima kasih sebab sudi baca cerita Robin Hood saya ini..
Nak saman?? Saya sangat mengalu-alukan..

