Selasa, 25 Januari 2011

Sanggupkah menjadi isteri kedua?

Lama betul aini tak menulis kan. Ye la, exam tak habis lagi. Ada lagi satu kertas, parasitology. Bukan senang nak senang. Tak susah nak susah. Masa malas nak study ni. Nak coret-coret la sikit. Tajuknya, sanggupkan menjadi isteri kedua? Kenapa saya pilih tajuk ni? Kenapa nak bincang tajuk ni? nak kawin ngan suami orang ke? Sejak bila kau pandai berfikir nak jadi perampas ni aini? Tak la. Mana ada aini nak rampas suami sapa-sapa. Tak nak kahwin pun lagi. Tapi, aini teringat pesan ustaz huzaifah, katanya "aini, ingat ya, kalau nak kawin nanti, aini kena bersedia untuk jadi isteri kedua orang tu, dan aini kena pesan kat bakal suami tu jugak, dia kena sanggup jadi suami kedua aini".
Agak lama aini memikirkan kata-kata ustaz huzaifah ni. Ye la, persoalan pertama, siapa suami @ isteri pertama kita? Betul tak? Pasangan pertama kita, adalah perjuangan kita. Hmmm. Fikir-fikir lagi. Andai kata la kalau kahwin nanti, kita nak jadikan suami kita sebagai suami kedua, itu senang. Tapi kita nak menerima hakikat bahawa kita yang kedua bukanlah senang. Tak nak la. I JELES. Ok. Titik.
Persoalan kedua, saya kena pergi palestin ke? Perlu berjuang ke? Aini...aini...sempit sangat kau pkir. Tak semestinya kena belajar kungfu atau karate baru boleh serang israel. Belajar medik pun boleh tolong agama apa. That's why. nanti bila dah ada husband, kalau dia cakap, "ayang, tak payahla kerja, duit abang kan dah banyak, ayang duduk la kat rumah, boleh kita  menambah kasih sayang" then, say to him " abang, saya bekerja bukan untuk membina istana besar-besar, tapi saya bekerja nak tolong Islam, biarlah susah sikit kat dunia, nanti Allah balas dengan syurga untuk kita sekeluarga kat akhirat, bukankah dulu abang meminangku kerana dakwahku? " confirm, jadi isteri solehah la aini pasni.
Ok. jangan gelak, serius la ni. Kalau sapa-sapa pernah baca buku Hari-Hari dalam Hidupku, catatan hidup Zainab Al-Ghazali, antara pimpinan kaum hawa IM. Antaranya, kisah dia dan suaminya, aini tak ingat sangat detailnya..ye la, Ilmu tu ibarat binatang buruang, kalau kita tak ikat, maka larilah ia. Nak ikat dengan apa? Tulis la. back to the story, zainab ni sangat sibuk. Kadang-kadang ada meeting la, usrah la, sapa-sapa je datang dan pergi kat rumah dia tu. Kenapa suami dia tak marah atau tak tanya? Suami dia dayus ke? Suami dia tak dayus malah bukan cemburu buta. Tapi, sebab diorang kawin kerana perjuangan maka suami dia menerima bahawa dia adalah suami kedua zainab.Zainab cakap macam ni kat suami, Wahai suamiku, janganlah kau bertanya siapa yang aku temui, apa yang aku lakukan dan ke mana aku pergi, sesungguhnya, jika benar apa yang aku lakukan ini, maka aku mengharapkan Allah memberikan ganjaran pahala untukmu bagi setiap yang kulakukan." Zainab selalu berulang-alik masuk penjara, diseksa dengan hebat tapi suami dia masih setia menunggu dia. Sanggup ke saya jadi macam tu??? Aini pernah terfikir nak cakap macam tu kalau dah kawin nanti. Tapi, bila tengok diri ini sendiri, suami belum masuk rumah lagi dah tanya, abang pegi mana hah? kenapa tak cakap nak balik lewat?,,bla...bla..bla....adusss...gagal lagi...
Menjadi anak seorang pejuang tidak sama dengan menjadi pasangan pejuang. Sanggup ke kita nak urus rumah tangga sorang-sorang kalau pasangan kita sibuk dengan urusan orang lain. Dah takder duit sangat ni, tapi suami kita pulak bagi duit banyak-banyak sedekah kat orang? Sanggup ke kau aini???
Pesanan untuk diri sendiri, aini, u will get what u give..jangan tulis...membazir tenaga kalau kau tak nak berubah...huh...ilal liqa' ..ma'assalaamah