Sabtu, 23 April 2011

Alangkah indahnya...

Alangkah indahnya hidup ini..jika cinta diberikan pada yang selayaknya.. ( ni abang punya quote.. ) just to remind kawan2 n sahabat2.. Bukanlah maksud kitorang ni nak mengutuk kawan2 yang sedang bercintan cintun.. mentang2lah kau da kawin..suka2 ati je nak kutuk orang ek? xla.. niat di hati..ikhlas ingin menegur.. kesilapan kita kadang2... sahabat2..tidak ada dan tidak pernah ada istilah couple islamic.. xmungkin akan bersatu perkara yang haq dan batil..mungkin kata2 saya agak keras. tapi.. abang kata.. berhikmah tidak semestinya kita menasihati dengan kata2 yang lembut.. menengking juga kdang2 berhikmah.. jika diletakkan pada tempat sepatutnya.. Hikmah itu adalah barang keciciran orang2 mukmin. 
Saya membaca blog, kadang-kadang status YM teman2..kadang2 post di facebook.. Bercerita tentang "seseorang". Siapa seseorang itu? Sudah pasti istimewa di hati kita. Namun, pada ikatan agamanya, adakah halal hubungan itu? Adakah mendapat pahala merinduinya? Apa guna dari kecil belajar agama? Apa guna pakai tudung? Apa guna tutup semua tu ? Kalau dosa kita, kita hebah2 kan pada semua orang? Sahabat-sahabatku, simpanlah rahsiamu itu, biarlah hanya Allah sahaja yang tahu isi hatimu. Tak payah hebahkan kat orang lain. Konon nk orang doakan untuk kita. Tak pasal2 masa dihisab nanti. Amalan dah dihisab. Dah boleh masuk syurga dah. Tetiba, ada orang datang dan cakap. Ya Allah, si Fulan tu dulu pernah buat maksiat ? ? Apa nak jawab masa tu? Bukan salah orang tu korek citer kiter..Tapi salah sendiri yang suka buka pekung di dada..
Sahabat-sahabatku, kadang-kadang kita menyangka, apabila kita telah berjanji dengan seseorang, bertunang dengannya, kita telah berhak ke atas hidupnya. Memangla pertunangan itu sebahagian dari perkahwinan namun, batasan perhubungan di antara kita dengan dia tetap ada. Kemungkinan untuk berpisah juga masih besar. Jadi kawin ke tidak..Kita pun xtahu.? Ntah2..jodoh kita bukan dengan dia..kita pun tak tahu.. Bila kita sudah menceritakan pada orang lain..Kalau xjadi..Bukan ke malu tu ?Malu...Maluuuu sangat2. 
Saya menyedari diri yang..Tidak searif seperti kalian. Namun niat di hati, hanya mahu menegur sahabat2 seiman dan seakidah. Kerana iblis telah berjanji untuk meyesatkan umat manusia..Iblis akan melakukan apa sahaja..agar manusia nampak semua tu halal belaka. Sedangkan hakikatnya, dimurkai oleh Allah. Aku menyintaimu sahabatku kerana agamamu.