Isnin, 11 April 2011

Diari Revolusi

Entry kali ni, catatan harian saya time darurat di mesir. Dah lama nak tulis, tapi baru jumpa diari.


Diari saya start pada hari khamis 27 Jan 2011. Mana la perasan revolusi dah start masa tu. Sebab, hari khamis, exam last md-year..parasit.. That day, saya keluar dewan awal. Kalau sempat, hajatnya nak settle pasal urusan kawin. Tapi x sempat gak.


Jumaat 28 Jan
Pagi-pagi lagi dah balik rumah, kemas barang, basuh baju, .. sambil2 send mesej jemput kawan2 untuk majlis esok. Tengahari tu, line xder la pulak.. Takpe la, makan dulu la, lepas jumaat nanti nak keluar gi beli barang pulak. Tetiba dengar bunyi orang bising2 kat bawah, adik2 rumah pulak kalut " kak aini, tengok ni, ado ore ramai la, nak buat gapo ni?" saya pun dengan selamba jawab " ala, biasa la tu, buat demo la, buat2 rilex jer." makin lama makin ramai, siap ada polis lagi. Lepas je orang ramai bersurai, saya keluar gi beli barang then balik ke rumah kelantan. Tetiba ustaz intercom dekat maghrib, cakap nak cincin, x sempat beli, kedai dah tutup, apalagi, cepat2 balik rumah. Patut jalan 10 minit, jadi 5 minit. Ustaz kata, nanti ana datang ambik malam ni la, kul 8.30.. Kul 8.30, keluar rumah, jumpa ngan budak, dia tanya kau nak keluar ke? kau tak payah turun la, bahaya ni, nanti kejap lagi orang ramai datang nk buat rusuhan. Alamak, camana nak bagitau ustaz ni, bahaya ni. Jadi, menangislah saya kat tangga tu, sebab dah tak boleh fikir nak buat apa. Ustaz pulak lambat sampai, buat orang risau je.


Sabtu 29 Jan
This day is my wedding day. Pagi2 lagi keluar gi Wizarah Adl ( Kementerian Keadilan Mesir ) untuk akad nikah. Sepanjang jalan tu, hanya Allah yang tahu, dengan kereta kebal sepanjang jalan, bangunan-bangunan yang dah dibakar, sedang terbakar.. Alhamdulillah, urusan selsai dengan cepat.
Pukul 10 tengahari, line disambung balik, maknanya, hampir satu hari kami terputus hubungan dengan dunia luar. Dah sah jadi isteri orang dah.. Hari ni bermulanya perintah berkurung. Jadi, terpaksalah kami bermalam di rumah kelantan. Rumah dan bilik lain2 la. Malam ni, memang xak boleh tidur, bunyi tembakan, orang menjerit, ditambah pulak dengan perasaan sendiri. Abah call n cakap2 ngan abah.


Ahad 30 Jan
Hari ni balik rumah baru. Rumah kami berdua. Kemas rumah dan buat apa2 yang patut. Tengah jalan tu jumpa orang bawak parang panjang.. Pucat la muka kitorang.. Arab tu pun cakap. Eh, kau tak yah la takut, aku nak jaga keamanan je.


Selasa 2 Feb
Ada perjumpaan di Rumah Kelantan. Minta 60 orang pelajar perempuan balik Malaysia esok. Yang wajib balik, penghuni Rumah Kelantan Baru dan Lama, yang lain diberi pilihan.


Rabu 3 Feb
Hari ni rombongan pertama yang balik ke Malaysia


Khamis 4 Feb
Rombongan kedua pulang ke Malaysia. Bermakna, hanya saya seorang pelajar perempuan yang tinggal di Rumah Kelantan. Kami dah decide, tak nak balik. Saya lah ketua HEWI tanpa rakyat. Boleh duk rumah kelantan. Boleh pilih mana-man rumah. Suka...suka..best..kalau takde semua orang..xboring pun..sebab ada abang..kalau ada semua orang, tapi abang takde, boring giler.....Balik rumah, kemas rumah lagi, malam, teman abang study..mula2 je la teman..pastu dah start kacau abang study.. Aini, jangan nakal2.. study lorr..


Jumaat 5 Feb
Di atas beberapa sebab, abang dapat arahan, kena balik juga. Kami berdua balik dalam rombongan yang terakhir, lusa 7hb. Saif (my brother in law ) balik hari ni.


Ahad 6 Feb
Hari ni nak gi jalan-jalan dulu la. Dating ngan abang. Takde pun rakyat luar yang ada kat Mesir. Semua rakyat mesir je. Sampai rumah jam 4 petang. Tetiba YDP call, kena gi Airport sekarang jugak sebab harini flight last ke Malaysia. Kitorang yang xkemas apa2 ni, masukkan apa yang patut dalam beg. Kul 5, sampai di Rumah Kelantan. Azan Maghrib, kami bertolak dengan menaiki dua tremco ke Cairo Airport. Lucu bila ingat masa abang kemas barang..macam katun..aini tolong buat apa? tolong kacau abang. Dah sampai airport, broadband pulak hilang, tu la..saper suruh bukak internet atas tremco?? HUHU Ingatkan dah boleh naik kapal terbang, rupenye kena tido kat airport satu malam sebelum sampai di Jeddah. Alhamdulillah, dapat jugak pengalaman bermalam di airport.
Habis 1 airport kami round.. dengan kain pelikat abang ( selimut saya )


Nampak tak?? I'm the only Malay Girl kat sini..
Kat airport, kami mencari2 tempat nak tidur..dah frust dah ni, mata dah sakit, badan dah lenguh, xder tempat pulak, last2 abanng pujuk, belanja makan la..habis seratus lebih..kesian abang, dapat bini kuat makan.
Knows what abang tulis kat dalam diari saya... Buat sekelian kalinya abang marah aini lagi. Tp rajukku x menjadi asyik tersenyum krna dia memenuhi ruang hidupku....bgaimana nk marah sdg dia insan t'sayang huhuhu...( memang perasan la)


Isnin 7 Feb
Hari ni, setelah seharian di airport, kami akhirnya bertolak ke Jeddah jam 11 pagi dengan menaiki kapal terbang TUDM. ( 1 lagi pengalaman menarik ) Jam 2 petang ( waktu zohor di Jeddah ) kami sampai di airport Jeddah. Ya Allah, dah dekat rupanya dengan rumahMu...


Sampai sini saja jurnal saya, selepas tiga hari berada di jeddah, kami pulang ke Malaysia sebab Atuk abang meninggal.