Isnin, 13 Disember 2010

Hypertension @ Tekanan Darah Tinggi..

Tetiba rasa nak berkongsi sesuatu yang sangat-sangat best. Pasal darah tinggi. Most commonly disease nowadays. Darah tinggi terjadi bila tekanan darah pada salur yang membawa darah beroksigen (kita mempunyai dua salur darah iaitu arteri yang membawa darah beroksigen dan vena yang membawa darah tak beroksigen) meningkat melebihi 140/90. Kenapa ada salur untuk darah beroksigen dan tak beroksigen, mungkin saya akan post lain kali.
Terdapat dua jenis penyakit darah tinggi

  1. Primary - 90% daripada kes yang berlaku tanpa sebab
  2. Secondary - 10% daripada kes yang berlaku bersebab contohnya
                    1. renal artery stenosis ( saluran darah ke ginjal tersumbat @ sempit )
                    2. pheochromocytoma ( sejenis tumor pada kelenjar adrenal )
                    3. dadah
                      1. corticosteroids
                      2. pil perancang
                      3. clonidine withdrawals
                      4. tindakbalas keju dan MAoI
Pengkelasan penyakit darah tinggi { mengikut tekanan diastolik ( nombor di bawah garisan )}
  1. Mild ( ringan ) 90-104mmHg
  2. Moderate ( pertengahan ) 105-114mmHg
  3. Severe ( parah ) lebih dari 115mmHg
  4. Malignant ( bahaya ) lebih dari 130mmHg
Secara fisiologinya, tekanah darah tinggi atau rendah disebabkan oleh jantung dan isipadu darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanah darah arteri
  1. C.N.S
  2. Sympathetic Ganglion
  3. Adrenergic N.E
  4. Salur Darah
  5. Jantung
  6. Isipadu Darah ( diuretics )
Setakat ini dulu post saya, sebab yang sterusnya adalah nama2 dadah sahaja..Jumpa lagi...

Ahad, 12 Disember 2010

Hari Professional




PENDAHULUAN
  • Sering kita lihat seorang doktor dengan rupa yang kemas dan meyakinkan. Ini kerana perwatakan yang dibawa dapat menarik keyakinan pesakit terhadap rawatan yang akan diterimanya daripada doktor tersebut.
  • Dalam melahirkan generasi doktor keluaran Mesir yang professional, Biro Akademik telah mengusulkan cadangan agar dibuat satu ketetapan kepada semua pelajar untuk berpakaian kemas ke kuliah.
  • Walaupun professional bukanlah dilihat pada pakaiannya, namun penampilan luaran memainkan persepsi pertama yang penting kepada masyarakat terhadap golongan doktor.
MISI
  • Melahirkan  mahasiswa graduan Mesir yang professional
OBJEKTIF
  • Melatih mahasiswa supaya berpakaian kemas ke kuliah
  • Melatih mahasiswa supaya sentiasa mementingkan penampilan dan kekemasan diri
  • Sebagai lambang persepakatan dan kesatuan dalam kalangan mahasiswa PERUBATAN seluruh Mesir
SASARAN
  • Semua mahasiswa PERUBATAN di Mesir
PELAKSANAAN
  • setiap hari ISNIN
MAHASISWA
  • Berkemeja lengan panjang dan berseluar slack atau semi-jeans
  •  Seluar jeans tidak dibenarkan
  • Digalakkan memakai tali leher
  • berstoking dan berkasut kulit yang bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
  • Berambut kemas
  • Memakai blazer atau jaket supaya kelihatan lebih profesional dan kacak
  • Memakai minyak wangi secara sederhana
MAHASISWI
  • Berbaju kurung atau jubah
  • Memakai tudung (hitam/putih) dengan kemas dan   menutupi bahagian dada
  • Tidak memakai seluar (jeans dll)
  • Memakai blazer atau jaket supaya kelihatan lebih profesional
  • Kasut bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut  sukan)
  • Pakaian tidak menjolok mata, ketat atau jarang
  • Make-up, aksesori atau pewangi hendaklah secara  sederhana
  • Tidak digalakkan memakai beg sandang belakang (backpack)
PENUTUP
  • Harapan diletak agar semua mahasiswa  PERUBATAN dapat mematuhi etika yang telah ditetapkan.
  • Lebih cantik lagi jika ia menjadi amalan setiap hari, bukan sahaja pada hari yang telah ditentukan.
  • Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan generasi graduan yang sedar akan kepentingan penampilan diri apabila pulang ke Malaysia kelak.

Sabtu, 11 Disember 2010

No Title....

Keluarga saya

Kemana pergi post "keluarga saya"????? Dah hilang....Mana nak cari...Tak ada...Ok..Biarkan....Rugi masa je klu nak tulis balik.... We'll proceed to the next post...:D pemalas betul...Oppss..tambah 1 'pic'

Rabu, 17 November 2010

saya dapat sijil


Saya dapat sijil ni masa majlis jamuan hari raya Perubatan kat ARMA @ DMAK . Kerja yang tidak seberapa tetapi mendapat penghargaan yang besar sebegini . Terharunya . Terima kasih ya semua .

Isnin, 15 November 2010

saya sakit???

Saya telah berjaya mendiagnos diri saya . Keputusannya...saya menghidap SAKIT HATI . Bukan Hepatitis A,B,C ataupun Z tapi sakit hati (benci , riya' , ego , dan sewaktu dengannya...) . Tolongla saya....

Rabu, 10 November 2010

Saya tengah belajar..

Maka, dah ada broadband ni...saya pun nak belajar la wat blog..boleh orang-orang kampung melawat saya selalu...